Friday, November 11, 2011

10.11.2011

Dah cukup 3 tahun dah jadi cikgu...masih baru lagi. Banyak lagi nak kena belajar. Banyak lagi cabarannya. Aduyaiiiiii....takut!!

Semalam mungkin hari gembira bagi sesetengah guru....dan juga hari duka bagi yang lain. Keputusan pertukaran dah pun keluar...Ingatkan 14 November nanti. Otak memang tak tuned lagi nak menerima berita ni. Bila tengok keputusan, agak terkejut....tapi takde la sampai nak menangis. Mungkin sebab ni pengalaman kedua saya menerima keputusan macam tu. Tambah-tambah dengan tak bersedia nak semak keputusan tu pun. Tapi malangnya sebab masa tu, saya menyemak keputusan di perhimpunan menggunakan handphone canggih seorang teman. Semua kawan-kawan pun tau la result...hahhahah...of kos la tak menangis kan....
Tapi saya terima keputusan tu. Mungkin bukan lagi rezeki saya dan Enchek Suami serta anak kami untuk tinggal bersama. Masa raya hari tu terdengar khutbah raya yang ada menyebut "orang yang beriman akan sentiasa diuji". Sebab tu la saya terima segala ketentuan-Nya dengan positif. Dari mula saya terdengar bacaan khutbah...saya terus berpegang pada kata-kata tersebut. Semoga saya akan sentiasa kuat menghadapi dugaan-Nya.

Yang tak bestnye...ada la "rakan" yang seperti mengejek. Macam ****** ja....tengok muka pon tau. Kalau dengar dia bercakap lagi la. Macam sengaja nak sakitkan hati kita. Mujur ada teman-teman yang lain yang jadi penghibur di saat-saat kritikal tu...takde la berasa sangat kat hati ni. Buat derk....pandang tempat lain...tukar topik....hahahaha...sendiri mau ingat la...

Opsss....lupa! Selamat Hari Raya Aidiladha ye..Berkorban atau terkorban??? Ke dikorban...? Rasanya biarlah kita yang banyak berkorban untuk orang-orang yang kita sayang.

Raya kali ni saya di rumah Taman Damai, manakala Enchek Suami balik ke rumah di Tebuk Haji Musa selepas solat sunat hari raya bersama-sama di Masjid Parit Buntar. Enchek Suami balik dulu ke rumah MIL sebab ada majlis korban lembu yang disponsor abang ipar, Abang Me. Saya kat rumah family sebab mak pun ada amek bahagian dalam korban di masjid. Tapi hujan sangat la lebat pukul 10 lebih pagi.Hmmmm...nanti saya tunjukkan gambar lembu yang dikorbankan Abang Me. Tak banyak tangkap gambar pun..baju raya kali ni pun tak sedondon. Maklumlah...tak semeriah raya Aidilfitri. 

Oke ye...jangan sampai diri terkorban sebab berkorban untuk orang lain ye. Selamat Hari Raya Korban!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...