Wednesday, November 23, 2011

Usaha..

Semalam saya telah BERUSAHA sekali lagi untuk pertukaran ke Selangor. Seawal pagi lagi bangun dan mandi...sejuk sangat tau! Kemudian mengejutkan Enchek Suami supaya cepat bersiap...dengan harapan kami akan sampai awal di KPM.

Keluar rumah dekat-dekat pukul 7...jalan belum lagi sesak. Singgah kat 7 Eleven untuk photostat dan beli roti...terus saja ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 

Ada beberapa orang yg turut menunggu di ruang legar. Bersama-sama sekeping envelope berwarna coklat. Ya..pasti satu kapal dengan saya..datang atas urusan rayuan pertukaran.

Masih boleh tersenyum lagi masa ni...

Tepat pukul 8, saya dan Enchek Suami naik ke aras 4...bahagian Sekolah Menengah. Rupanya dah ada ramai orang di situ. Saya orang yang ke-9. Tunggu punya tunggu akhirnya dapat gak berurusan, pukul 8.30 pagi. Selepas taklimat, kami masuk ke bilik mesyuarat seorang demi seorang. Serahkan surat rayuan dan ceritakan masalah. 

Hmmm...perasaan berbaur-baur. Ya...tidak puas sebenarnya. Balik je rumah, main facebook...tidur dan bila bangun petangnya untuk keluar membeli barang-barang dapur, saya rasa tension sangat. Ntah la kenapa...tapi rasa tension tu sangat-sangat la memberat kat kepala, kat bahu...Jalan-jalan dalam Tesco pon tak dapat mengubat ketensionan tu. Sudahnya saya ajak Enchek Suami ke kedai elektrik...saja nak survey peti ais. Tapi terpedaya...terpengaruh...dan akhirnya terbayar deposit. Harga peti ais dari RM1199...salesgirl tu bagi RM950...besar pulak tu..!! Sapa yang tak terpengaruh kan..Then malam tu puas jugak la saya menjerit dan membebel sambil tengok bola. So, hari ni kurang dah rasa tension tu.

Berbalik pasal cerita usaha nak bertukar ni..saya rasa macam sipi-sipi je harapan yang ada. Jalan seterusnya...doa dan solat hajat.


Kuatkanlah hati ini....
Berikanlah kami kesabaran...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...