Wednesday, May 25, 2011

Keputusan Pertukaran


Sedih...kawan-kawan lain semuanya permohonan diluluskan. Kalaulah pengetua sokong borang tu..mungkin ada rezeki. Tapi kalau dah pengetua tak sokong...what do you expect? Hilang la segala harapan kami suami-isteri. Kecewa sangat-sangat. Bukan saya seorang. Tapi semua yang memohon...kecuali dua orang.Yang paling menyakitkan hati bila kawan-kawan bertanya camne result tukar, dah cek ke...seolah-olah memberikan harapan kosong.

Kawan-kawan, dah confirm-confirm saya tidak akan dapat bertukar. Perlu ke saya jelaskan lagi??? 

p/s : sakit kepala...mata berair =(

Thursday, May 19, 2011

Data dan Sistem


Banyaknya data nak kena masuk. Semalam dok pulun buat data ponteng April, hari ni lak main ngan empat sistem.Awal-awal pagi tengok PEDIA...sistem untuk buat analisis item. Start lepas rehat, key in data SMM. Bunyi loceng pukul 11.20 gi jaga peksa....Abes kelas pukul 11.55 terus cepat-cepat turun dan sambung balik key in data SMM. Dah siap SMM, buat pulak SSDM. Sampai termimpi-mimpi dah masa tido kejap petang tadi. Baru jap-jap tadi masukkan TOV, ETR, markah US1 kat SAPS...adeh...pinau mata, sakit kepala....

Esok pagi dah siap dah plan. Awal pagi ada kelas PJK, tapi budak-budak ada exam. So, sambil jaga exam boleh la key in data PEDIA tu sat. Dah abes kelas PJK..turun makan n cepat-cepat gi key in data SSDM.  Bukan apa, nanti berebut komputer dengan cikgu lain pulak kat Bilik Disiplin..jenuh nak tunggu turn. Petang tadi tak sempat abeskan semua...ada baki dalam kurang 10 orang lagi. Then dah siap, nak duduk berteleku kat pejabat...semak register untuk data ponteng Mei lak. Moga mata ni dapat bertahan. Mujur la kali ni ada guru pelatih datang buat praktikal kat sini, dapat la chance nak buat keja yang lain...

p/s : Malam ni saya nak rehat je....tak mo ingat data-data or sistem apa-apa. Kang mimpi sampai ngigau-ngigau lak

Wednesday, May 18, 2011

Insentif?

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Tu la tema untuk sambutan hari guru tahun ni. Menarikkan??? Lepas ni boleh la jadi transformer plak...hihi...

Umum sudah tahu apa insentif bagi para guru untuk tahun ini. Saya tidaklah berharap sesuatu yang bombastic memandangkan tempoh perkhidmatan yang masih muda ini..siapalah saya yang nyata kerdil ni kan...tapi bila kiri-kanan-depan-belakang orang bercerita, rata-rata menyatakan ketidakpuasan hati. Insentif sempena Hari Guru tapi nyata untuk pihak tertentu sahaja...sama seperti tahun lepas. 

Kat bawah ni adalah petikan yang saya ambil dari laman web Rakyat Marhaen :

Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun.

“Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya,” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

“Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” kata Najib.

Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

Najib berkata, mereka juga boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
“Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” kata beliau.

Selanjutnya, Najib menambah, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan.

Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
Hahahaha...best betul insentif tu. Kene jadi "aircond" la kalau nak sangat merasa insentif tu...OPPPS!! Tak Minat! So, orang-orang yang berada di luar bidang ni jangan la asyik pandang serong pada golongan guru kononnya banyak nau imbuhan yang diterima...Bukan semua yang dapat ye...
Okey la...tak mau komen lebih-lebih, kang kene sue plak. Ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Nak kena kejar band dan ranking lagi...Ciao!

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011

Penat! Amek masa satu hari untuk pulihkan balik energy dan sengal-sengal kat badan ni.

Bermula beberapa hari sebelum lagi, kerja-kerja mengurus Jamuan Kelas dijalankan. Beli barang itu dan ini...kumpul duit...sangat-sangat penat. Idon't like the idea of making "Jamuan Kelas". Tambah-tambah lak bila saya tahun keadaan "pelajar" saya tu..

Hujung minggu lepas saya ke Kajang...lepak-lepak di sana bersama Enchek Suami. Rindu plak kat rumah kosong tu...Sampai-sampai je PB, terus mula acara masak-masak. Untuk jamuan tu, saya prepare Bihun/Kueyteow Tomyam (saya rasa tak sedap..tapi budak-budak tu kata sedap...nampak sangat la bodek semata-mata), air gula, air kosong (masak tau...takde amek air paip directly), dan buah tembikai susu. Start kerja pukul 9 malam, stop pukul 1.30 pagi. Bila baring tu rasa macam lega sangat..Tu belum lagi idea nak masak puding laici, kek batik...

  
Keadaan Ciggmoogy saya pada pagi kejadian

Di sekolah pula, perjalanan Hari Guru amat terkawal. Bermula dengan perhimpunan, tangkap gambar, acara potong kek dan pulut kuning di dewan, sukaneka dengan pelajar, dan jamuan kelas. Kalau tahun lepas saya sempat joint sukaneka dan makan-makan di kelas pelajar yang lain, tahun ni tak ada la jawabnya. Memang selepas je acara di dewan, saya terus ke kelas. Tahun ni pelajar saya agak "lain" daripada tahun lepas. Mereka masih kanak-kanak...umur pun 15 tahun. Deep in my heart, I missed my last year students.... 

Sebelum perhimpunan

 
 
 Bersama teman-teman sesi pagi...selepas perhimpunan

Acara di dewan..Pengetua dan PK

Potong kek kat kelas

 Dengan pelajar-pelajar sebelum keadaan menjadi cacamarba

p/s : Ini tahun ketiga saya...ada banyak tahun lagi yang perlu saya tempuh. Semoga Allah SWT kuatkan semangat saya dalam menempuh cabaran ini...

Wednesday, May 11, 2011

GATAL!

Eh...bukan kamu la. Saya yang gatal....

Ha...ha...jangan nak salah sangka ye. Bukan gatal yang satu lagi..Ni gatal kat kulit oke..Yang orang panggil allergic ataupun boleh jadi gak kelopak garam.

Ntah la kenapa, tetiba je petang semalam tangan, telinga, leher saya jadi gatal-gatal...ingatkan nyamuk or semut yang gigit (hoho...sebab hobi saya suka tido atas lantai....sejukkkkk aja time-time panas petang-petang sekarang ni). Pastu kan saya ignored je la bila malam tu dia surut. Then awal pagi dah macam hapa ja...menggaru sana sini..kali ni kat bahagian kaki and tangan plak. Sekali lagi nyamuk dapat nama..."kesian ko nyamuk".

Esoknya a.k.a pagi tadi, saya pergi la Klinik Kesihatan depan sekolah tu...dah tak boleh tahan sangat-sangat. Macam kera pun ada...menggaru-garu tengah meeting pagi tadi (7.30 pagi dah meeting....hebat tak hebat sekolah saya??).

Tunggu punya tunggu....dapat nombor 1018. Doktor tu tak tanya banyak pun, dok menulis je..Psssst, muka ensem tapi tulisan buruk amat...tak boleh nak baca apa dia tulis.

Dia tanya camni kat saya:

Sakit apa?
Jadi camna?
Dari bila?
Ada allergik apa-apa?
Ada tak muntah-muntah?
Oke...saya bagi injection dan ubat ye.
dan soalan pendek yang seangkatan dengannya...

Aduyai...sepanjang hari la bahu kiri saya ni lenguh-lenguh. Jangan kata nak angkat handbag, nak angkat tangan amek sudu pon dah tak mampu. Lomah bonar...sob sob....

"Doktor Aliff, kamu bercuti kan esok...nak gi holiday kat Langkawi kan..have fun ya! Terima kasih la tolong cucuk saya pagi tadi"

Hmmmm, pastu lak petang tadi nampak macam naik balik bintik-bintik merah tu kat lengan...mula rasa gatal-gatal. Oh, kalau mc esok best gak ni...hahahhaha

Monday, May 09, 2011

Special dedicated to mak..

You were there fo me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times
(A song For Mama, by Boy II Men....)

Credit to my mom and MIL : Thanx for everything...Love You So Much!!

Friday, May 06, 2011

Kad Perakuan Nikah

Hari ni saya telah bertekad menyelesaikan semua yang tertangguh...bayar duit keta, PTPTN, bil Maxis dan pegi Pejabat Agama hantar borang permohonan kad perakuan nikah. Bersusah payah jugak la mengisi borang dan menyediakan semua yang diperlukan. Idak la susah benor pun...cuma remeh dan perasaan malas yang membuak-buak.

Antara yang diperlukan:
1) Gambar 2 keping setiap seorang (tak boleh pakai gambar segera, mesti gambar pasport...dan si perempuan WAJIB bertudung)
2) Salinan surat perakuan nikah
3) Salinan kad pengenalan / pasport (mesti disahkan)
4) Isi borang hijau tu...dan kena sertakan salinannya sama
5) Bayaran RM20 untuk satu kad (mahu dua bayar double la)

Saya buat untuk dua keping kad. Satu untuk saya, dan satu untuk Enchek Suami.Ni la gambar yang kami bagi untuk kad tu...


Kawan saya ada cakap yang kad ni hanya valid di Perak sahaja...negeri lain tak pakai. Cam ntah apa-apa je...Tapi saya buat jugak la dua keping..in case kalau salah satu hilang, ada la backup kan...

Masa hantar tadi pun saya ada tanya kat orang pejabat agama tu...Depa pun cakap camtu. Hanya valid untuk negeri Perak je....means negeri lain tak guna pun. Kalau pergi jalan-jalan negeri lain kena bawa sijil nikah la ek???? Hahahahha...orang yang baru kahwin memang penakut sikit. Takut jadi benda yang pelik...kang tak pasal-pasal kene tangkap khalwat dengan suami sendiri...SENGAL!! 

Memang saya takut pun jadi benda cam tu....malu kowtttt...hahahha...ada ke patut jiran depan rumah kat Kajang tu intai kami masa kami nak keluar rumah...macam kami buat jahat je. Hadoi...APAKAH??? Sedangkan masa mula-mula pindah dulu Enchek Suami ade je perkenalkan saya kat jiran tu. Ke....Encihek Suami ada bawa balik perempuan selain saya....jeng jeng jeng....

p/s : saya percaya suami saya sebagaimana dia percayakan saya =)

Wednesday, May 04, 2011

Berpindah ke sini

Assalamualaikum....

 From "Stuck In My Heart", now it became "Born in my heart~~"...di sinilah ruang baru untuk saya. Ruang untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati, ruang untuk saya bercerita dari hati ke hati, dan ruang untuk saya berkongsi....hehehhe...tak perlu bermadah kowtttt.....straight to the point aje. Sebenarnya dalam sebulan dua ni saya rasa saya perlu ada satu medium baru untuk menulis. Bukan tak ada facebook, bukan tak ada blog, siap diari JPN tak berusik lagi....Kalau di facebook, tak boleh nak menulis panjang-panjang pada status tu...nanti jadi macam karangan la pulak. Blog "Stuck In My Heart" pun dah lama sangat saya tinggal...dah bersawang, susah untuk saya bersihkan semuanya untuk memulakan satu yang baru. Nak delete blog tu terasa sayang...sayang kerana di situ la tercoretnya 1001 kisah suka duka saya masa jadi penggangur terhormat, kemudian bergelar guru...dari seorang anak dara, menjadi tunangan orang. Sekarang ni dah pun jadi isteri orang...rasanya perlu satu tempat yang baru...so, takde la terikut-ikut cara penulisan lama. Opssss...jangan ingat saya dah jadi seorang yang skema ye...saya masih seperti dulu...Teruterubozu Anamae yang sangat....er, sangat......(sila isi tempat kosong). Hahahahah....

Nah senyum kambing dari saya.....theeeee

Sebenarnya saya hampir berputus asa, dah lama sangat tak design blog...dah lupa nak tekan dan ubah yang mana. Saya amek masa berjam-jam nak buat satu yang baru...(atau sebenarnya menggodek semula bahagian settings dan design), and Alhamdulillah....usaha membuahkan hasil. Errrrr, sepatutnya masa berjam-jam tu saya patut habeskan untuk membuat soalan pekse pertengahan tahun...ERKKKK!!!!!

Okey, sampai sini saja untuk entry yang pertama ini. Saya pun dah keletihan amat....ada banyak lagi yang saya perlu kemaskini selepas ini...ubah itu-ini, susun-susun balik....macam-macam la..insyaAllah, selepas ini ia akan berubahh menjadi lebih baik..Daaaaaarrrrrr.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...