Monday, June 20, 2011

Parking kasik lurus la weh...

Gambar yang ditangkap menggunakan handphone Sony Walkman pada petang Ahad yang aman damai di kawasan parking Econsave, Parit Buntar...sekitar pukul 6 petang. Masa ni parking adalah FULL dan masih ada kereta yang masuk mencari tempat...termasuklah saya...

Yang ni pulak ditangkap pada tengahari tadi di parking sekolah....pun menggunakan hanphone Sony Walkman cabuk yang dah tiga kali hantar repair.

Hai la manusia...tak boleh ke ko parking betul-betul? Ko boleh tau kan senget ke tak kereta tu masa masuk parking yang straight...takkan la ko tak boleh adjust?? Kalau tengok pada jenis kereta tu...bukannya kereta "pemandu baru"...apalah salahnya ko perbetulkan bila dah sedar parking ko tu makan ruang. Ni ko amek sampai 2 lot...hape??? Ko bayar ke untuk dua-dua tu????

Tak bersivik betul pemandu sekarang ni...tu belum lagi pergi kawasan R&R..sesuka hati je makan tengah. Kan ke menyusahkan orang lain yang nak letak kereta juga. Patut tak sekolahkan balik pemandu-pemandu tak bertanggungjawab ni? 

p/s : Sengaja tak nak blurkan plet kereta...Biar manusia-manusia tu tahu sapa dia dan tolong bertanggungjawab dengan keadaan sekeliling termasuklah kereta ko yang menyusahkan orang lain tu.
PEACE NO WAR =)

Friday, June 17, 2011

Laman Web Malaysia Digodam


Berikut adalah senarai laman web yang terlibat dalam ‘peperangan’ antaran hacker yang terdiri daripada Anonymous, RileksCrew dan Dragon Force dengan Kerajaan Malaysia. Kebanyakkan daripada laman web berikut dipercayai sudah ditutup bagi mengelakkan laman web ini diserang dengan DDOS oleh penggodam.
  • http://aduan.skmm.gov.my/
  • http://mnpcheck.skmm.gov.my/
  • https://epayment.skmm.gov.my/
  • https://espektrum.skmm.gov.my/
  • http://www.malaysia.gov.my/
  • http://www.parlimen.gov.my
  • http://www.moe.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.treasury.gov.my/
  • http://www.government.org.my/
  • http://www.spad.gov.my/
  • http://www.aseanconnect.gov.my/
  • http://www.sprm.gov.my/
  • http://www.nsc.gov.my/
  • http://www.kpkk.gov.my/
  • http://www.jobsmalaysia.gov.my/
  • http://www.kkr.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.1malaysia.com.my/
  • http://www.rmp.gov.my
 Credit to this site .

Ada beberapa lagi laman web Malaysia yang tidak disenaraikan di atas. Antaranya UiTM Pulau Pinang, Ezi2Care Jabatan Kebajikan Masyarakat, CIDB, politeknik and etc. Motif serangan dikatakan sebab tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat laman perkongsian file, dan juga nak test kelemahan laman web Malaysia dari segi kata laluan yang lemah.

"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."

p/s : Susah sebenarnya nak mengendalikan portal dan laman web. Pengalaman setahun menjaga portal sekolah pon dah cukup memeritkan..setiap masa jadi kena berhati-hati sebab ancaman spam dan hackers.

Thursday, June 16, 2011

Abah...

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Lahir, khas untuk insan bernama Haji Mohamed Noor Bin Haji Sharif. Seorang insan yang dekat di hati..selain mak dan suami saya. Besday abah jatuh hari Rabu lepas, 15 Jun. Sama ngan besday Yusri KRU dan teman praktikal saya...Rozana. Kalau ikut IC, umur abah tahun ni 66 tahun la...sebab nombor awal IC abah 450615. 20 tahun beza dengan saya...dan sejak kecil lagi orang cakap saya ni ikut abah. Betul ke? Hehehhe...ye la kot. Sama-sama peramah, tapi tak banyak cakap...dan sangat banyak berfikir. 

Ni gambar abah masa tahun 1968.
Umur abah masa ni 23 tahun..hensem kan? Macam P Ramlee...
Suka sangat2 gambar ni sampai saya dulu ingat abah saya ni P Ramlee....hehhehe

Abah...moga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan. Semoga hajat mak abah nak pegi umrah dan berpuasa di Mekah tahun ni dimakbulkan. Ameeeeen.....

Besday abah selalunya jatuh pada Hari Bapa. Tahun ni saya plan konon-konon nak bawa abah ngan mak makan steamboat. Tapi terpaksa la postponed sebab Yana kena gi kursus kat Pangkor, and abah lak balik kampung. Petang tadi baru sampai umah. Maybe weekend ni la kot...tak pun tunggu gaji next week.

And sempena Hari Bapa ni...saya juga nak wish untuk abah dan abah mertua saya, "Selamat Hari Bapa". Er, dan juga bakal bapa kepada anak-anak saya nanti...hehehhe....Love All Of You! Muahhhhhhh!

Sunday, June 05, 2011

Patah kaki...

Bosan-bosan....Ce bagitau apa lagi yang menarik kat bumi Kajang ni di kala poket sudah kempis...?? Jawab dalam masa 2 saat. Teeeeeet!!!! Masa tamat. Takde jawapan. Ni pon bersiaran langsung dari cc dekat ngan umah..mall yang ada kat sini macam tidak mengghairahkan. Dok nampak downtown Mines je. Tapi kan ke poket nipis...hilang terus bayangan downtown, mahupun bangunan Mines yang besar gedabak penuh sesak.

Ada lagi baki seminggu nak abeskan masa ngan Enchek Suami. Ingat nak jumpa kawan-kawan lama...tapi saya dah patah kaki. Tanpa ciggmoogy, hidup tidak bermakna. Sob sob sob... Rindu ciggmoogy..

Eh! Semalam gi I-City...huuuuu...mahal! Burger kosong cam jual kat pasar malam kene RM2.50. Telan aje la...kang perut masuk angin lak. Semuanya mahal kat situ...cam kat Genting plak rate dia. Naik harga double-triple. Sangat cekik darah. Belum lagi masuk Snow-Walk..tiket dia je dah RM25 seorang. Tu harga tiket...tak termasuk jaket ngan kasut lagi. Benda-benda tu nak kena sewa gak. Takkan nak wat keras je dalam snow buatan tu. Bak kata Abang Ejam, baik pegi Genting....

So, bagi family yang teringin nak bercuti. Sediakan duit yang banyak ye...kang teringat-ingat plak.. (cam kes saya...hehhehe). K la...nak balik dah...Jumpa lagi nanti...daaaaaaa....

Thursday, June 02, 2011

Luahan rasa...

Hmmmm...lama tak jenguk blog ni.

Assalamualaikum...apa khabar? Hehehe...cam nak tulis surat plak. Tapi budak-budak zaman sekarang ni mana pandai tulis surat. Format surat pun deme tak tau cemana. Kesian...kesian. Keluar soalan dalam exam, tak tau nak jawab. Sedangkan tu yang senang score pun. Mujur la saya dilahirkan era 80-an..pernah merasai zaman ada penpal, zaman ada tunggu surat...tulis surat...beli setem..beli sampul surat yang bunga-bunga tu...zaman membeli kad raya dan membalas kad raya. Kira paling best la dulu...siap ada kotak untuk simpan surat-surat dan kad-kad raya. Tapi surat tu bukan la surat cinta ye...surat kanak-kanank yang belum baligh lagi. Kawan pindah je...minta alamat...hantar surat. Nurliyana...Maslinda...Noorliza...tu la antara kawan-kawan penpal tu...

Tapi tak boleh gak nak salahkan budak-budak sekarang. Deme memang dah terdedah dengan teknologi..kecik-kecik dah ada handphone, dah ada account facebook...dah pandai buka youtube.Bagus la...cuma jangan disalahgunakan.

Dah tersebut pasal salahguna...ada la sorang anak murid (pelajar jagaan saya...sebab saya guru tingkatan dia), dah menyalahgunakan duit biasiswa dia beli handphone. Dah la ditirunya sign mak dia...dia minta plak duit mak dia untuk tambah nak beli handphone tu. Ada plak backup duit kutu. Bukannya satu keperluan pun handphone tu...ntah apa-apa je. Plak tu nak salahkan saya la konon dalam surat pengakuan kat pengetua. Budget saya tak baca la surat pengakuan tu...CISS SUNGGUH! Alasan dia dalam tu sebab beli baju dan seluar PJ (apakah???? sedangkan time PJK dia tak pernah pakai baju PJ pun...saya cikgu PJK dia...of kos la saya tau). Dah tu konon cikgu minta bayar itu-ini. Hallllllluuuuuuu....korang nak buat itu-ini untuk kelas...memang la kena kutip duit. Takkan nak harap duit cikgu je...Kecewa sangat bila dapat budak yang camni. Tak pandai nak appreciate apa orang buat kat dia.

Paling tak best...dalam surat pengakuan dia tu, dia ada cakap yang dia selalu mengutuk cikgu di belakang dan memarahi kawan-kawan dia. HEBAT SANGAT KE KO??? Cam nak sepak-sepak je...kita bagi ilmu kat dia...kita ikhlas bantu dia...dia kutuk kita plak. Tak ke mana la ko wahai "pelajar". Keberkatan ilmu tu dah takde...cikgumu ini dah...hmmmm, speechless....

Budak ni bukan je dapat biasiswa...dia pun dapat bantuan Baitulmal (RM200) untuk bayar yuran sekolah dia. Baru-baru ni plak dia dapat plak netbook 1Malaysia. Tak paham...serius tak paham. Kenapa la dia boleh dapat? Sedangkan ramai lagi pelajar yang layak tapi tak dapat. Sepatutnya sumbangan-sumbangan ni semua kena gak tengok pada akademik pelajar tu. Jangan based on latar belakang pendapatan keluarga je...Pelajar yang keluarganya berpendapatan sederhana tapi bijak harus diberi bantuan...bukannya pelajar yang keluarganya berpendapatan rendah tapi dari kelas-kelas bawah. Nak bantu apa?? Nak bagi ilmu apa kat dia...? Dia bukan nak cari bahan melalui internet pun. Lebih baik tawaran netbook tu diberi kepada pelajar yang daftar IPT...deme tu lagi memerlukan. Dalam 20% benda yang tak septutnya deme layari...ada 80% yang baiknya. Sebab deme akan buat assignment...deme akan cari bahan, nota..bukannya pelajar sekolah yang masih lagi menunggu suapan guru. Huh....fikir-fikirkan...

Bila ingat-ingatkan budak tu...mood saya terus hilang. Yeah...gone everywhere. So...next time kita jumpa lagi di entry yang lain..Lots of love and Muahhhhhhhh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...