Thursday, September 29, 2011

Dewan peperiksaan

Minggu depan dah start PMR..persiapan demi persiapan untuk PMR sedang ligat dijalankan. Hari ni kami cikgu-cikgu tingkatan 3 dan beberapa pelajar mengemas kelas, menyusun meja-meja dan menampal slip meja. Alhamdulillah...bermula pukul 11.30 pagi lagi kerja-kerja dah dimulakan, hampir pukul 1.00 petang dah pun siap tersusun semuanya. Tu pun hanya gunakan tenaga pelajar yang sedikit, kurang dari 10 orang untuk tugas-tugas menyusun dan menampal, dan kurang dari 10 orang untuk membuka pintu dewan yang jadi dinding-dinding kelas...juga menurunkan papan kenyataan.

 Hasil penat lelah....straight tu...

 Pakai tali je pun =)

Abes je sekolah tadi terus pergi buat facial kat Herbaline PB dengan officemate, Kak Suhaila. Saja nak try camne facial kat Herbaline...tadi pun gi buat facial yang promosi RM18.80 je. Dapat la cuci-cuci muka dan letak masker 2 jenis. Sebelum facialm diorang treat dengan bagi minum teh herba, cuci kaki pakai air garam..dan abes je facial dalam satu jam setengah lepas tu, dapat fish spa pulak. Kira oke la dengan budget ciput camtu. Tapi layanan dia memang terbaik la. Bilik-bilik dia pun best...macam spa kat Jepun lak rasa. Hahahaha...jakun! Sebelum-sebelum ni pergi buat facial pun biasa-biasa je kedai dia. Tak menampakkan keadaan dan ciri-ciri sebuah spa.

Muka puas...masa ni tengah fish spa sorang-sorang

Tuesday, September 27, 2011

Nyicah...perh!!!!

Ce tengok pokok ni...ada apa-apa yang menarik x??

Kasik close-up sikit la kan...

Tu gambar pokok pelam depan umah..hari-hari dok tengok. Kecur air liur dah ni. Dari bulan puasa lagi dok jaga putik-putik pelam tu...bagi banyak sikit buahnya nanti. Patutnya boleh dapat banyak lagi...tapi ujung bulan 7 dulu selalu sangat hujan..angin kuat...banyak putik pelam yang gugur. Masa tu plak mak abah pergi umrah...jenuh nak menyapu putik tu dan basuh lantai sebab tak mau bagi getah-getah pelam tu melekat teruk...tak nak bagi abah bising-bising balik dari umrah.

Kalau buah tu dah masak nanti kan...sedap weh...kulit dia warna hijau lagi tapi dalam tu dah manis dah. Tak sure la nama apa buah pelam ni. Ni pon dah kecur air liur...nyicah ngan kuah rojak Mak Bee best ni... =)

Monday, September 26, 2011

Sambungan Hari Keluarga....

Oke...kali ni nak cerita pulak pasal program yang kami jalankan kat sana. Emmm...kalau nak ikutkan pada kemeriahan, best lagi Hari Keluarga 2010 kat Marina Cove, Lumut...sebab ramai family yang turun dan game sukaneka petang tu best. Tapi Hari Keluarga tahun ni takde la kata tak meriah langsung...best jugak. Makanan dia sedap-sedap, layanan pihak hotel pun oke, bilik hotel pun jauh lebih best dari Marina Cove.

Sesampainya kami kat lobi hotel, kami terus check in. Patutnya kena tunggu pengelola dulu sebab Datuk manager berhasrat nak bagi sepatah dua kata masa taklimat. Tapi dah sampainya pun berbeza-beza masa...takkan nak tunggu sorang-sorang pulakkan. So, boleh terus masuk bilik.

Kalau ikutkan plan asal sebelum ni, saya nak pergi Toy Museum yang letaknya berdekatan dengan hotel...sebelum sukaneka dijalankan. Enchek Suami pulak letih...punah harapan! Dia sakit gigi...nak makan ubat. Ubat tu pulak jenis ubat tidur. Terpaksa la mengalah. =(

Pastu petang tu lepas je Asar, kami turun ke bawah sebab sukaneka akan dijalankan pukul 5 petang di pantai. Kengkononnya turun awal sebab nak jalan-jalan kat pantai la...ganti perasaan kecewa tak dapat pergi Toy Museum. Bila sampai je kat pantai, terus nampak "permandangan". Bahaya!!! Jalan tak berapa minit terus ajak Enchek Suami naik. Adehhhh...minah-minah saleh and perempuan-perempuan cina relax je berbikini. I yang malu tau!

Pukul 5 lebih baru la game sukaneka mula. Game tak banyak and tak menarik sangat...Tambah-tambah untuk saya yang tak mampu nak melompat bagai....


 Malamnya...dalam pukul 8, kami berkumpul di dewan untuk makan malam. Two in One la kiranya...makan malam sempena Hari Keluarga dan juga sambutan Hari Lahir. Pihak hotel berbesar hati bagi sebijik kek...Tapi harap maaf la. Perut saya dah masuk angin masa tu...so, nafsu makan tu agak kurang berbanding rasa sakit yang amat-amat sangat. Abes je makan malam, kami tapau makanan yang boleh dibawa naik (buah-buahan dan cream of chicken). Mujur la hadiah sukaneka tu jenis bekas-bekas makanan. Ada la bekas nak tapau makanan yang tak habis tu. Sampai je kat bilik, Enchek Suami kena kerahan tenaga urutkan perut saya yang dah kembung dengan angin tu...sampai la masing-masing tertidur. Solat Isya' pun pukul 1 lebih...

 Antara pencuci mulut yang disediakan. 
Ada gak puding-puding, buah-buahan, rojak, pasembor...TERBAEK!!

 
Makanan berat...Macam-macam ada =)
Nasi goreng, ayam masak pe ntah, spageti....errrrr, banyak!

Sesi ucapan. 
Yang duduk tu adalah emcee KGKT. Habis je Hari Keluarga, dia terus demam campak...sedangkan masa Hari Keluarga tu dia cuma datang untuk makan malam je. Yang turut berucap adalah Pengerusi KGKT (Cikgu Sharif), PK Koko (Cikgu Musa), Datuk manager (xtau nama...), dan yang tadah tangan tu ustz rock (Cikgu Husni).

  
Abes je sesi ucap-berucap...MAKAN TIME!
Laju je masing-masing time ni...hehheheh

Pagi esoknya...ada permainan bola tampar di pantai. Hahahaha...TAK TURUN! Saya tak reti main bola tampar...Enchek Suami pulak tak berminat main bola tampar. Jadi, kami decided untuk turun lewat...kira bersiap-siap erus untuk sarapan, then jalan-jalan sekitar hotel dan pantai.. Kami naik ke bilik semula bila dah rasa agak-agak panas.. Bila di bilik, kami lepak makan-makan di balkoni sampai pukul 11.20 pagi. Kemudian cepat-cepat packing barang, mandi.....dan check-out.

Begitulah kisah Hari Keluarga di Paradise Sandy Beach Resort, Penang. Tak macam Hari Keluarga pun kan...??? Nampak cam lebih kepada honeymoon je...Hahahahha...tak kesah la. 2 dalam 1 la tu =)

p/s :  Semua gambar-gambar dalam entry ini disedut dengan kebenaran dari facebook Cikgu Shamsol.

Saturday, September 24, 2011

Paradise Sandy Beach Resort, Penang

Dah lepas seminggu, hari ni baru dapat kesempatan nak update entry yang baru. Haduyaiiii...makin kritikal ni...Cerita pun dah agak-agak cam nak basi dah. Kalau orang lain...abes je satu-satu function, esoknya tu mesti dah ada update yang baru.

Tapi...kalau ada update baru pun, bukan ada sapa nak baca. Hahahahah....blog ni memang tidak dikenali. Tak bagi alamat url kat member-member kat luar nun. Kalau cam rasa nak buat link tu baru letak. Kira naseb baik la sapa yang jumpa ni. Bukannya apa, kadang-kadang tu takde tempat lain nak luahkan rasa...kalau orang yang kita kenal kat tempat keja dah baca, of kos la rasa dah tak best...nanti automatic satu sekolah pun tau cerita tu.

Oke..berbalik kepada tajuk entry kali ni, last week....16 September (Hari Malaysia) saya dan Enchek Suami ke Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah..untuk Hari Keluarga KGKT sekolah saya. Dari tahun lepas lagi teringin nak pegi...masa tu bujang lagi la...pergi lawatan sekolah, buat program dengan Kelab ERT, tapi saya canceled sebab tak mau jadi ketua rombongan. Pastu akhir tahun 2010, pergi lagi sekali...masa tu malam sambutan krismas..bilik semua fulled, yang tinggal cuma bilik yang harga dia RM400++...bukan hotel ni je, tapi hotel lain pun sama. So, tak dapat la merasa lagi.

Ni pun sebenarnya macam malas-malas gak mulanya. Tapi bila tengok pengelolanya dah tension buat promosi tapi ramai macam tak nak pegi...atas dasar kawan...pegi jugak la. Hotel dia best!! Bilik dia pun oke...ala-ala cam honeymoon balik la ni...Hikhik...Kalau kikutkan harga asal bilik ni RM220, tapi kami pergi under group dan pengelola ni deal baik punya dengan salah sorang staf hotel tu...so, dapat la RM180. Makan dinner malam tu dapat RM45...dan makanan dia sangat la sedap...

Ni masa mula-mula sampai...patutnya check in pukul 3, tapi dia dah bagi masuk biarpun baru pukul 2 lebih

Keadaan bilik...depan katil tu ada meja solek dan tv lcd...
tido tak tutup tv la kami malam tu =)

Ada pantry...saya memang suka selongkar kabinet..so, jumpa la peti ais...

Hotel...view dari pantai

Meronda-ronda di lobi selepas breakfast

Kembali ke bilik untuk berkemas =)

Konklusinya, percutian kali ni biarpun singkat tapi sangat la best...next entry akan diceritakan program yang kami buat kat sana... =)

Thursday, September 15, 2011

Cuti Hari Malaysia

Hoyye!!!! Esok cuti!!!!! Kami suami-isteri nak ke Penang..sekolah saya buat family day kat Sandy Paradise Hotel, area Tanjung Bungah. Tak sabar dah ni..sangat-sangat excited nak pi holiday ngan Enchek Suami biarpun cuma untuk 2 hari 1 malam je. Cukup la tu dari tak ada kan....

Enchek Suami balik malam ni. Bas pukul 11.30 malam jap gi dan insyaAllah akan sampai PB dalam pukul 4.00 pagi. Plan konon-konon nak bertolak ke Penang dalam pukul 9.00 pagi...boleh gi jalan-jalan dulu sebelum solat Jumaat tu. Then Enchek Suami nak solat Jumaat kat Masjid USM. Lepas solat baru kami terus ke hotel. Harap-harap tak la sesat.



Weeeeeee...dah tak sabar ni. Nak google la tempat mana boleh singgah nanti. Macam la tak penah pi Penang...

Tuesday, September 13, 2011

12 September...

Semalam merupakan hari lahir saya yang ke-26. Tanpa sambutan yang luar biasa...tapi pada saya cukup meriah sebab ada suami, family, kawan-kawan dan pelajar-pelajar yang memberikan tanda ingatan mereka sempena hari lahir saya. Sangat-sangat terharu bila baca ucapan-ucapan...terutamanya beberapa ucapan yang sangat menyentuh hati. Berair air mata dibuatnya.... sejak akhir-akhir ni, rasa cam sensitif sangat..kalau tengok cerita Kasih Alia, mesti mata berair...tapi kontrol ar...

Di sekolah pagi semalam merupakan hari sibuk dan struggle saya untuk menyiapkan powerpoint. Dari selepas perhimpunan sampai la dah nak balik saya ke hulu ke hilir menyiapkan kerja-kerja, mengambil dan memilih gambar yang sepatutnya untuk dimasukkan. Jalan laju je cam dulu-dulu...tak ingat sakit ke apa langsung. Tapi ada ja langau yang berbunyi-bunyi tepi telinga ni. Geram oke!! Bila tak buat...dok kalut canang satu sekolah. Bila dah buat...kata banyak sangat la, ikut perintah la...orang putih takmau tengok ni semua la. Hadoiiii...yang ko bising-bising kat aku buat pe...kita untung gak la aku buat dari ampa yang tak habis-habis dok bukak ceritera tu. Serius saya hilang sabar semalam. Kita dah penat-penat, jangan la simbah minyak pulak...Panggggggg sekor-sekor kang!

Balik dari sekolah memang saya dah takde feel nak buat kerja. Hari ni pun sama...jadi cam letih sangat. Tapi malam semalam macam terubat la sikit letih tu bila baca ucapan hari lahir kat facebook. Terima Kasih atas ingatan kalian semua...kalian memang menceriakan hari-hari saya...


Heheheheh...kat atas tu gambar diari mak saya. Nostalgia sangat. Sebenarnya ada dua diari untuk tahun 1985 tu. Satu yang ni...ringkas je tulisannya. Satu lagi pulak ada macam karangan sikit....tapi tak jumpa kat mana mak simpan. InsyaAllah, kalau jumpa...akan saya upload. Bersalin - Nurul Asmaq. Hmmmm...saya lahir 26 tahun lepas dengan berat 3.7kg...lahir pada awal pagi..4.38 pagi 12 September 1985, 27 Zulhijjah 1405...membesar sebagai seorang anak perempuan yang lasak. Sekarang sedang berusaha menjaga kesihatan diri dan juga baby...ehem!

Dalam saya bergembira, sebenarnya kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kakak saya yang keguguran anak kelima. Puncanya....hmmmm, belum diketahui, ingat petang ni nak ke Hospital Taiping melawat Kak Aja...kalau ikutkan dah 3 bulan pun. Takde rezeki. Semoga Kak Aja kuat semangat....amiiiiinnnnn

Buat semua...doakan kami sekeluarga ya. Doakan kami dipermudahkan urusan segalanya... =)

Sunday, September 11, 2011

Bekerja dan berusaha...


Semalam Enchek Suami saya bekerja dengan sangat keras...2 hari di office, tidur pon di office demi menyiapkan kerja yang bertimbun gara-gara bercuti lama masa raya Aidilfitri hari tu. Malam tadi dia tidur awal..pengsan tak sedar apa-apa dah. cover balik tidur hari Jumaat malam Sabtu lepas.

Sekarang...saya pulak sedang berusaha untuk menyiapkan powerpoint tentang maklumat sekolah untuk ditayangkan hari Rabu ni di depan 7 orang pelawat. Malam semalam tidur dah tak lena...memikirkan bagaimana bahan apa yang nak dimasukkan. Sepanjang hari saya mengadap powerpoint terutamanya part nak masukkan gambar, mengecikkan gambar yang bersaiz besar...selalu je buat powerpoint tu not responding.

Hmmmmm....banyak lagi sebenarnya bahan yang tak dimasukkan lagi. Bahan yang diberi tak cukup. Esok terpaksa la minta kawan dapatkan semua gambar-gambar dan info yang sepatutnya. Hari Rabu nak bercuti....ada hal yang lebih penting harus diselesaikan. Hari pon dah terlupa hari apa sekarang ni sebab terlampau stressed untuk hari Rabu  =(

Thursday, September 08, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!


Hehehehehe...gila lambat. Dah nak masuk 9 Syawal dah..sabor je la. Tapi 'better late then never' kan..

Tahun ni mula beraya di rumah Enchek Suami. Tahun pertama sebagai suami isteri. Tahun pertama beraya di suasana yang berbeza. Tahun pertama tak gi solat raya di Masjid Daerah Kerian. Tapi takpe sebab sebelum raya dah berkumpul adik-beradik masak dodol n berbuka bersama-sama. Enchek Suami bercuti sakan raya ni..sampai dekat 2 minggu jugak la...best!!!!

Tahun ni jugak saya takde baju raya baru. Bukan taknak beli...tapi dah berkali-kali round kat pekan cari baju..takde yang berkenan di hati. Macam tak kisah sangat sebenarnya...sebab baju kurung yang tempah sebelum raya ada lagi yang tak terpakai...ada yang baru pakai sekali. Yang tu la yang pulun pakai balik..

Sebelum raya sibuk sangat di sekolah..sampaikan hari-hari terakhir pun masih ada program yang dijalankan. Mood masa tu???? Nan adooooo...semua dah mood raya. Minggu terakhir tu la kuih-kuih raya yang ditempah tu dapat.Pengeluaran duit amat membimbangkan. Mujur dapat bonus raya...tak terusik sangat la gaji bulan ni.

Kali ni semua adik-beradik balik kampung..kecuali abang Ejam yang beraya di Kota Tinggi dulu. Yang lain semua dah ada sebelum raya...sempat kacau dodol sama-sama. Enchek suami sangat-sangat excited mengacau dodol...lama plak tu. Kali ni turn kaum adam mengacau...Tunggu dalam sejam lebih, pastu gigi rasa sakit. Terus masuk tido. Tak tertahan sangat rasanya. Sampai masa berbuka pun masih lagi terasa.

Hmmmm...gambar-gambar aktiviti raya belum lagi transfer. Masih lagi dalam memory card. Next entry la ye...sekarang cam letih sikit. Esok last day sekolah untuk first week after raya..malangnya dah kena struggle untuk program minggu depan. Ada omputih, org JPN...orang kuat itu-ini nak datang sekolah. Macam-macam la nak kena prepare...meeting kul 3 petang plak tu..Haiiiissssshhhh....kuatkan semangat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...