Monday, October 17, 2011

4 bulan je lagi


Ada sesuatu di dalam sana..sesuatu yang bernyawa. Alhamdulillah, sudah pun 21 minggu. Bukan sengaja merahsiakan tapi...lebih baik berdiam diri dari mengguris hati teman-teman lain yang sedang berusaha kuat. Ya...saya pun penah merasai dan tertekan dengan soalan demi soalan. Baik dari teman-teman, mahupun dari saudara-mara. Dan selepas hampir 6 bulan berkahwin, baru saya dan Enchek Suami dikurniakan rezeki ini.

Syukur sangat-sangat. Di saat berjauhan ni, ada "sesuatu" yang mengikat kami suami-isteri. Tiga minggu lepas kami pi scan kat Klinik Jammy Suzana, sebelah USM Transkrian...teruja tengok si "dia" bergerak-gerak. Dah nampak sifat dah..kepala, kaki, tangan...bentuk-bentuk jari. Happy sangat-sangat. Jumaat malam lepas lak dapat tengok rasa si "dia" bergerak. Wahhhhh...akhirnya dah tau camna rasa dia bergerak.Subhanallah....

Sepanjang 21 minggu ni memang banyak sangat dugaan...luaran nampak oke. Mula-mula diabetes...lepas tu thyroid plak, sampai kena refer ANC Taiping...dan skrg hb pulak makin turun. Tapi petang tadi masa gi cek perut...keputusan thyroid yang kedua untuk reconfirmation dah keluar, result dia negatif..Lepas tu hb plak naik semula...so, sekarang kena maintan. Untuk diabetes plak still under diet control...and insyaAllah everything will goes fine. Dugaan semasa mengandung...terima aje....dan perlu kuat menghadapinya sebab saya tahu saya tak sakit pun. Hehehhehe...

Dan di bawah ni...disenaraikan ganjaran-ganjaran yang akan saya serta teman-teman lain akan peroleh. So, jangan patah semangat ya...

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...