Friday, October 28, 2011

26 Oktober 2011

Semalam besday mak yang ke 64 tahun. 2 hari selepas hari keputeraan Sultan Pahang (mak pun anak Pahang jugak!). Cergas lagi biarpun dah lama bersara. Alhamdulillah, setakat ni mak tak sakit apa-apa...dan harapnya mak akan sentiasa sihat...sebab anak-anak mak masih perlukan mak. Errrr, sebenarnya saya kot....hehehe

SELAMAT HARI LAHIR MAK...
SEMOGA SIHAT SEJAHTERA,
DIMURAHKAN REZEKI,
DIPANJANGKAN UMUR...

Semalam Enchek Suami masak untuk saya...heheheh..Enchek Suami dah janji nak masak bila saya datang Kajang. Maka, merasa jugakla masakan dia. Pergi pasar kat Semenyih sama-sama pagi semalam dan beli barang-barang dapur. Beli ayam, sayur sawi, serai (pon kene beli...huhuhu), cili padi, santan, roti dan biskut untuk sarapan saya hari-hari selepas ni..

Tengahari tu bukan main lagi bergegar dapur bila Enchek Suami bergusti. Anak tukang masak memasak....hahahah...cam pelik je bila tak buat apa-apa time tu. Ada gak la tolong-tolong sikit untuk menyenangkan Enchek Suami dan mencepatkan masa memasak tu. Tolong masak nasi, kupas bawang, basuh-basuh pinggan. Tapi harap maaf la...takde gambar untuk sesi masakan kali ni sebab tak bawa kamera dan Enchek Suami, si Chef Handal tu memasak tak berbaju. Sangat la gagah...tak payah la buat tontonan umum kot...heheheh

Enchek Suami saya masak apa ye...? Hmmmmm....ayam masak lemak dan sayur goreng. Sedap...boleh la tahan. Kene puji...kang dia tak nak masak dah...hahaha.

Petang tu lepas rehat-rehat dan solat Asar, kami ke Putrajaya...gi Alamanda dan rumah Abang Ejam. Main-main ngan Ryan dan Kaer...Uhhhhh, sangat la aktif budak berdua tu. Tak duduk diam langsung. Abang Ejam plak sakit kepala...demam. Kak Ina kata ni first time tengok Abang Ejam demam camtu. Sekarang ni kan ke musim hujan...

p/s : Rindu Najwan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...