Saturday, October 01, 2011

30 September

Hari ni dah pun 30 September...kejap je kan...? 30 September yang jatuh pada hari Jumaat. Sangat-sangat la kalut di sekolah. Mana nak tutup register lagi...nak hantar buku rancangan mengajarnye lagi...terkejar-kejar dengan nak masuk kelas lagi...Minggu depan plak saya tak pergi sekolah dari Isnin sampai Khamis sebab jadi pengawas peperiksaan di sekolah lain. First time mengawas...sangat la mendebarkan. So, nak tak nak kena la settle few tasks sebelum meninggalkan sekolah terutamanya kertas soalan peperiksaan yang nak dihantar rezo. Harap-harap, hari Jumaat minggu depan kertas soalan tu dah pun siap. Ammmmmiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnn....

Hari ni pulak macam-macam program terakhir untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Pagi-pagi lagi dimulakan dengan mohon restu. Pelajar-pelajar Islam membaca yasin di surau, pelajar-pelajar cina dan india pulak ke kuil masing-masing. Lepas aje rehat, pelajar-pelajar ini dikumpulkan di Dewan Wawasan untuk taklimat  dan ucapan selamat berjaya bersama wakil PPD dan wakil PIBG...guru-guru tingkatan 3 pun berkumpul sama. Habis aje taklimat, pemberian saguhati sumbangan guru-guru tingkatan 3 dan Koperasi Sekolah. Kami bagi set alat tulis untuk mereka...pensil, pemadam, protaktor. Harap-harapnya membantu la masa exam nanti. Kemudiannya, pelajar-pelajar ini dikumpulkan di dewan peperiksaan masing-masing..diajar cara masuk dewan, dan diberi peluang masuk ke dewan kali terakhir sebelum peperiksaan bermula. Habis je pergi dewan peperiksaan, pelajar-pelajar pergi ambil makanan jamuan ringan dan berkumpul semula di Dewan Wawasan dan sesi bersalaman dengan cikgu-cikgu..Hohohoho...banyak tul aktivitinye kan...

Dan hari ni jugak merupakan hari terakhir bulan Syawal. Tamatlah sudah raya sebulan kita....counting raya haji pulak lepas ni..hahahha..Syawal kali ni saya tak berkesempatan nak puasa 6. Perut sentiasa lapar...tak tertahan-tahan. Rugi sangat la rasa kalau tak puasa 6 sebab selalunya bila berpuasa 6 ni kira dah ganti la puasa-puasa yang tertinggal masa bulan Ramadhan, cuma tinggal baki mungkin satu atau dua hari je lagi. Nampaknya kena pandai-pandai curi masa la lepas ni nak ganti puasa. Seb baik tahun ni tinggal 2 hari je...

Eh! Baru cam tersedar...saya tak pernah upload gambar raya dan cerita raya kan....hehehehe...melampau nau bizinyeee! Tahun ni kami suami isteri tak prepare baju raya sama-sama pun. Ada gak hujung-hujung Ramdhan tu turun gi bazaar sama-sama nak cari baju, tapi takde perasaan pun nak beli. Lagipun Enchek Suami dah decided awal-awal dulu nak pakai baju nikah (supposed to be baju nikah...tapi kami tukar baju yang lain last minute). So, pakai la baju tu untuk raya pertama. Selalunya sebelum-sebelum ni saya pakai baju kurung untuk pagi je...masuk tengahari dah salin baju t-shirt biasa sebab nak membasuh kat dapur..Tapi kali ni sampai ke MALAM oke...hahahaha...sakan betul berjalan dengan keluarga Enchek Suami.

 Keluarga Enchek Suami

 Raya pertama kami....berbaju putih

 Raya kedua kami...berjubah hitam pulak sebab nak pergi majlis tahlil saudara abah

 Raya ketiga kami...di Kampung Pengkalan Baru, Pantai Remis

Semua baju-baju saya tu bukan baju baru dibeli...tapi baju baru yang tak berpakai-pakai. Simpan dalam almari je... sebelum Ramadhan yang lepas mak dan abah pergi mengerjakan umrah. Kami dapat sepasang jubah...Jubah saya tak berpakai lagi, jubah suami pulak besar dan perlu di-otter. InsyaAllah raya haji nanti kami akan pakai =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...