Thursday, September 08, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!


Hehehehehe...gila lambat. Dah nak masuk 9 Syawal dah..sabor je la. Tapi 'better late then never' kan..

Tahun ni mula beraya di rumah Enchek Suami. Tahun pertama sebagai suami isteri. Tahun pertama beraya di suasana yang berbeza. Tahun pertama tak gi solat raya di Masjid Daerah Kerian. Tapi takpe sebab sebelum raya dah berkumpul adik-beradik masak dodol n berbuka bersama-sama. Enchek Suami bercuti sakan raya ni..sampai dekat 2 minggu jugak la...best!!!!

Tahun ni jugak saya takde baju raya baru. Bukan taknak beli...tapi dah berkali-kali round kat pekan cari baju..takde yang berkenan di hati. Macam tak kisah sangat sebenarnya...sebab baju kurung yang tempah sebelum raya ada lagi yang tak terpakai...ada yang baru pakai sekali. Yang tu la yang pulun pakai balik..

Sebelum raya sibuk sangat di sekolah..sampaikan hari-hari terakhir pun masih ada program yang dijalankan. Mood masa tu???? Nan adooooo...semua dah mood raya. Minggu terakhir tu la kuih-kuih raya yang ditempah tu dapat.Pengeluaran duit amat membimbangkan. Mujur dapat bonus raya...tak terusik sangat la gaji bulan ni.

Kali ni semua adik-beradik balik kampung..kecuali abang Ejam yang beraya di Kota Tinggi dulu. Yang lain semua dah ada sebelum raya...sempat kacau dodol sama-sama. Enchek suami sangat-sangat excited mengacau dodol...lama plak tu. Kali ni turn kaum adam mengacau...Tunggu dalam sejam lebih, pastu gigi rasa sakit. Terus masuk tido. Tak tertahan sangat rasanya. Sampai masa berbuka pun masih lagi terasa.

Hmmmm...gambar-gambar aktiviti raya belum lagi transfer. Masih lagi dalam memory card. Next entry la ye...sekarang cam letih sikit. Esok last day sekolah untuk first week after raya..malangnya dah kena struggle untuk program minggu depan. Ada omputih, org JPN...orang kuat itu-ini nak datang sekolah. Macam-macam la nak kena prepare...meeting kul 3 petang plak tu..Haiiiissssshhhh....kuatkan semangat!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...