Tuesday, September 13, 2011

12 September...

Semalam merupakan hari lahir saya yang ke-26. Tanpa sambutan yang luar biasa...tapi pada saya cukup meriah sebab ada suami, family, kawan-kawan dan pelajar-pelajar yang memberikan tanda ingatan mereka sempena hari lahir saya. Sangat-sangat terharu bila baca ucapan-ucapan...terutamanya beberapa ucapan yang sangat menyentuh hati. Berair air mata dibuatnya.... sejak akhir-akhir ni, rasa cam sensitif sangat..kalau tengok cerita Kasih Alia, mesti mata berair...tapi kontrol ar...

Di sekolah pagi semalam merupakan hari sibuk dan struggle saya untuk menyiapkan powerpoint. Dari selepas perhimpunan sampai la dah nak balik saya ke hulu ke hilir menyiapkan kerja-kerja, mengambil dan memilih gambar yang sepatutnya untuk dimasukkan. Jalan laju je cam dulu-dulu...tak ingat sakit ke apa langsung. Tapi ada ja langau yang berbunyi-bunyi tepi telinga ni. Geram oke!! Bila tak buat...dok kalut canang satu sekolah. Bila dah buat...kata banyak sangat la, ikut perintah la...orang putih takmau tengok ni semua la. Hadoiiii...yang ko bising-bising kat aku buat pe...kita untung gak la aku buat dari ampa yang tak habis-habis dok bukak ceritera tu. Serius saya hilang sabar semalam. Kita dah penat-penat, jangan la simbah minyak pulak...Panggggggg sekor-sekor kang!

Balik dari sekolah memang saya dah takde feel nak buat kerja. Hari ni pun sama...jadi cam letih sangat. Tapi malam semalam macam terubat la sikit letih tu bila baca ucapan hari lahir kat facebook. Terima Kasih atas ingatan kalian semua...kalian memang menceriakan hari-hari saya...


Heheheheh...kat atas tu gambar diari mak saya. Nostalgia sangat. Sebenarnya ada dua diari untuk tahun 1985 tu. Satu yang ni...ringkas je tulisannya. Satu lagi pulak ada macam karangan sikit....tapi tak jumpa kat mana mak simpan. InsyaAllah, kalau jumpa...akan saya upload. Bersalin - Nurul Asmaq. Hmmmm...saya lahir 26 tahun lepas dengan berat 3.7kg...lahir pada awal pagi..4.38 pagi 12 September 1985, 27 Zulhijjah 1405...membesar sebagai seorang anak perempuan yang lasak. Sekarang sedang berusaha menjaga kesihatan diri dan juga baby...ehem!

Dalam saya bergembira, sebenarnya kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kakak saya yang keguguran anak kelima. Puncanya....hmmmm, belum diketahui, ingat petang ni nak ke Hospital Taiping melawat Kak Aja...kalau ikutkan dah 3 bulan pun. Takde rezeki. Semoga Kak Aja kuat semangat....amiiiiinnnnn

Buat semua...doakan kami sekeluarga ya. Doakan kami dipermudahkan urusan segalanya... =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...