Sunday, September 11, 2011

Bekerja dan berusaha...


Semalam Enchek Suami saya bekerja dengan sangat keras...2 hari di office, tidur pon di office demi menyiapkan kerja yang bertimbun gara-gara bercuti lama masa raya Aidilfitri hari tu. Malam tadi dia tidur awal..pengsan tak sedar apa-apa dah. cover balik tidur hari Jumaat malam Sabtu lepas.

Sekarang...saya pulak sedang berusaha untuk menyiapkan powerpoint tentang maklumat sekolah untuk ditayangkan hari Rabu ni di depan 7 orang pelawat. Malam semalam tidur dah tak lena...memikirkan bagaimana bahan apa yang nak dimasukkan. Sepanjang hari saya mengadap powerpoint terutamanya part nak masukkan gambar, mengecikkan gambar yang bersaiz besar...selalu je buat powerpoint tu not responding.

Hmmmmm....banyak lagi sebenarnya bahan yang tak dimasukkan lagi. Bahan yang diberi tak cukup. Esok terpaksa la minta kawan dapatkan semua gambar-gambar dan info yang sepatutnya. Hari Rabu nak bercuti....ada hal yang lebih penting harus diselesaikan. Hari pon dah terlupa hari apa sekarang ni sebab terlampau stressed untuk hari Rabu  =(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...