Saturday, September 24, 2011

Paradise Sandy Beach Resort, Penang

Dah lepas seminggu, hari ni baru dapat kesempatan nak update entry yang baru. Haduyaiiii...makin kritikal ni...Cerita pun dah agak-agak cam nak basi dah. Kalau orang lain...abes je satu-satu function, esoknya tu mesti dah ada update yang baru.

Tapi...kalau ada update baru pun, bukan ada sapa nak baca. Hahahahah....blog ni memang tidak dikenali. Tak bagi alamat url kat member-member kat luar nun. Kalau cam rasa nak buat link tu baru letak. Kira naseb baik la sapa yang jumpa ni. Bukannya apa, kadang-kadang tu takde tempat lain nak luahkan rasa...kalau orang yang kita kenal kat tempat keja dah baca, of kos la rasa dah tak best...nanti automatic satu sekolah pun tau cerita tu.

Oke..berbalik kepada tajuk entry kali ni, last week....16 September (Hari Malaysia) saya dan Enchek Suami ke Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah..untuk Hari Keluarga KGKT sekolah saya. Dari tahun lepas lagi teringin nak pegi...masa tu bujang lagi la...pergi lawatan sekolah, buat program dengan Kelab ERT, tapi saya canceled sebab tak mau jadi ketua rombongan. Pastu akhir tahun 2010, pergi lagi sekali...masa tu malam sambutan krismas..bilik semua fulled, yang tinggal cuma bilik yang harga dia RM400++...bukan hotel ni je, tapi hotel lain pun sama. So, tak dapat la merasa lagi.

Ni pun sebenarnya macam malas-malas gak mulanya. Tapi bila tengok pengelolanya dah tension buat promosi tapi ramai macam tak nak pegi...atas dasar kawan...pegi jugak la. Hotel dia best!! Bilik dia pun oke...ala-ala cam honeymoon balik la ni...Hikhik...Kalau kikutkan harga asal bilik ni RM220, tapi kami pergi under group dan pengelola ni deal baik punya dengan salah sorang staf hotel tu...so, dapat la RM180. Makan dinner malam tu dapat RM45...dan makanan dia sangat la sedap...

Ni masa mula-mula sampai...patutnya check in pukul 3, tapi dia dah bagi masuk biarpun baru pukul 2 lebih

Keadaan bilik...depan katil tu ada meja solek dan tv lcd...
tido tak tutup tv la kami malam tu =)

Ada pantry...saya memang suka selongkar kabinet..so, jumpa la peti ais...

Hotel...view dari pantai

Meronda-ronda di lobi selepas breakfast

Kembali ke bilik untuk berkemas =)

Konklusinya, percutian kali ni biarpun singkat tapi sangat la best...next entry akan diceritakan program yang kami buat kat sana... =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...