Monday, September 26, 2011

Sambungan Hari Keluarga....

Oke...kali ni nak cerita pulak pasal program yang kami jalankan kat sana. Emmm...kalau nak ikutkan pada kemeriahan, best lagi Hari Keluarga 2010 kat Marina Cove, Lumut...sebab ramai family yang turun dan game sukaneka petang tu best. Tapi Hari Keluarga tahun ni takde la kata tak meriah langsung...best jugak. Makanan dia sedap-sedap, layanan pihak hotel pun oke, bilik hotel pun jauh lebih best dari Marina Cove.

Sesampainya kami kat lobi hotel, kami terus check in. Patutnya kena tunggu pengelola dulu sebab Datuk manager berhasrat nak bagi sepatah dua kata masa taklimat. Tapi dah sampainya pun berbeza-beza masa...takkan nak tunggu sorang-sorang pulakkan. So, boleh terus masuk bilik.

Kalau ikutkan plan asal sebelum ni, saya nak pergi Toy Museum yang letaknya berdekatan dengan hotel...sebelum sukaneka dijalankan. Enchek Suami pulak letih...punah harapan! Dia sakit gigi...nak makan ubat. Ubat tu pulak jenis ubat tidur. Terpaksa la mengalah. =(

Pastu petang tu lepas je Asar, kami turun ke bawah sebab sukaneka akan dijalankan pukul 5 petang di pantai. Kengkononnya turun awal sebab nak jalan-jalan kat pantai la...ganti perasaan kecewa tak dapat pergi Toy Museum. Bila sampai je kat pantai, terus nampak "permandangan". Bahaya!!! Jalan tak berapa minit terus ajak Enchek Suami naik. Adehhhh...minah-minah saleh and perempuan-perempuan cina relax je berbikini. I yang malu tau!

Pukul 5 lebih baru la game sukaneka mula. Game tak banyak and tak menarik sangat...Tambah-tambah untuk saya yang tak mampu nak melompat bagai....


 Malamnya...dalam pukul 8, kami berkumpul di dewan untuk makan malam. Two in One la kiranya...makan malam sempena Hari Keluarga dan juga sambutan Hari Lahir. Pihak hotel berbesar hati bagi sebijik kek...Tapi harap maaf la. Perut saya dah masuk angin masa tu...so, nafsu makan tu agak kurang berbanding rasa sakit yang amat-amat sangat. Abes je makan malam, kami tapau makanan yang boleh dibawa naik (buah-buahan dan cream of chicken). Mujur la hadiah sukaneka tu jenis bekas-bekas makanan. Ada la bekas nak tapau makanan yang tak habis tu. Sampai je kat bilik, Enchek Suami kena kerahan tenaga urutkan perut saya yang dah kembung dengan angin tu...sampai la masing-masing tertidur. Solat Isya' pun pukul 1 lebih...

 Antara pencuci mulut yang disediakan. 
Ada gak puding-puding, buah-buahan, rojak, pasembor...TERBAEK!!

 
Makanan berat...Macam-macam ada =)
Nasi goreng, ayam masak pe ntah, spageti....errrrr, banyak!

Sesi ucapan. 
Yang duduk tu adalah emcee KGKT. Habis je Hari Keluarga, dia terus demam campak...sedangkan masa Hari Keluarga tu dia cuma datang untuk makan malam je. Yang turut berucap adalah Pengerusi KGKT (Cikgu Sharif), PK Koko (Cikgu Musa), Datuk manager (xtau nama...), dan yang tadah tangan tu ustz rock (Cikgu Husni).

  
Abes je sesi ucap-berucap...MAKAN TIME!
Laju je masing-masing time ni...hehheheh

Pagi esoknya...ada permainan bola tampar di pantai. Hahahaha...TAK TURUN! Saya tak reti main bola tampar...Enchek Suami pulak tak berminat main bola tampar. Jadi, kami decided untuk turun lewat...kira bersiap-siap erus untuk sarapan, then jalan-jalan sekitar hotel dan pantai.. Kami naik ke bilik semula bila dah rasa agak-agak panas.. Bila di bilik, kami lepak makan-makan di balkoni sampai pukul 11.20 pagi. Kemudian cepat-cepat packing barang, mandi.....dan check-out.

Begitulah kisah Hari Keluarga di Paradise Sandy Beach Resort, Penang. Tak macam Hari Keluarga pun kan...??? Nampak cam lebih kepada honeymoon je...Hahahahha...tak kesah la. 2 dalam 1 la tu =)

p/s :  Semua gambar-gambar dalam entry ini disedut dengan kebenaran dari facebook Cikgu Shamsol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...