Thursday, August 25, 2011

2 hari sebelum bercuti

Mood raya dah membuak-buak. Kat bilik guru semuanya asyik bercerita pasal raya..dah takde dah menu dan resepi-resepi untuk berbuka. Riuh-rendah lebih teruk dari di pasar malam...

Haru ni jugak ada sambutan sempena Bulan Kemerdekaan. Sambutan yang sangat simple tapi rasanya berbaloi2 sebab tahun ni baru nampak pengisiannya..dan juga suara pengacara majlis yang sangat sedap, ceria...(guru pelatih yang berasal dari Sabah...sebutan sangat-sangat baku dan menarik). Lepas tu pulak pengetua naik berucap sambil menekankan Wawasan 2020 dan beberapa pengumuman menarik...lebih berkisar pada kejayaan sekolah selepas berjaya dipantau oleh pihak JPN hari Rabu lepas sehinggakan dapat beberapa ucapan HEBAT dan tahniah dari pihak JPN dan juga PPD. Alhamdulillah kerana pelajar-pelajar sekolah berjaya menjadi sekolah di tempat pertama dalam peperiksaan percubaan dan mengalahkan sekolah-sekolah yang lain. Harapnya keputusan peperiksaan sebenar pun camtu la jugak...bukan senang nak dapat pujian ni sebab persiapan untuk menyambut pelawat ni dh dibuat hampir 2 minggu. Bagi yang tak merasainya nampak mudah...tapi ketika itulah saya yang dikejar PK biarpun di masjid ketika taraweh. Tu pun masih ada yang berkata-kata sinis...

Hmmm....harapnya pelajar-pelajar SPM pun macam tu la jugak usahanya. Tapi kadang-kadang tu kecewa la jugak dengan sikap pelajar-pelajar ICT yang saya ajar tahun ni (macam selalu pun ada jugak). Semuanya mengharapkan cikgu...dan paling sakit hati bila content dalam buku, benda-benda penting pun tak lagi berada di dalam kepala sedangkan dah nak percubaan. Risau jangan cakap la..rasanya cikgu yang lebih risau dan takut dari pelajar. Deme ni masih boleh main-main dan melawak...dan ada sorang dua tu masih lagi berangan-angan. Memang calon yang akan dapat C la ni...ini bukan doa seorang guru, tapi dari sikap sendiri kita dah boleh agak apa yang akan diperoleh

Juga satu lagi pengumuman menarik adalah sekolah telah terpilih sebagai sekolah rintis untuk projek di bawah Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yakni sebuah agensi direct kepada PM. Di Malaysia hanya ada 22 atau 25 sekolah rintis untuk projek ini dan di Perak, hanya sekolah saya sahaja yang terpilih. Tidak pasti secara jelas berkenaan dengan apa projek ini tapi yang saya tahu akan ada pelawat (pemantau dalam erti kata lain) yang akan datang ke sekolah. Pelawat ni ada juga yang datangnya dari luar negara...dengar-dengarnya Amerika Syarikat. Tarikhnya mungkin 16 September depan dan mungkin akan dianjak sebab 16 September tu kan ke cuti Hari Malaysia. Juga berkemungkinan cikgu-cikgu tingkatan 4 (guru kelas jeeeee) dan juga pelajar-pelajar tingkatan 4 akan dapat tablet/ipad. Aduuuuuhhhh...jeles! sebab saya guru tingkatan 3

Oke..dah habes kot cerita pasal kejayaan sekolah yang berjaya dicapai baru-baru nil. Sekarang nak cerita pulak suasana di kelas hari ni. Sejuk je tau hari ni...hujan kejap-kejap lebat, kejap-kejap renyai..kalau tarik selimut ni jawabnya memang lena. Pelajar memang bukan di dalam mood belajar...ada je pelajar yang dah pun mula berpesta raya dan menyanyikan lagu raya. Tapi yang nyanyi tu bukan pelajar melayu oke...hahahhaa...budak-budak cina yang beriya nyanyi lagu "Balik Kampung". Adehhhh...sabar je la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...