Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011

Penat! Amek masa satu hari untuk pulihkan balik energy dan sengal-sengal kat badan ni.

Bermula beberapa hari sebelum lagi, kerja-kerja mengurus Jamuan Kelas dijalankan. Beli barang itu dan ini...kumpul duit...sangat-sangat penat. Idon't like the idea of making "Jamuan Kelas". Tambah-tambah lak bila saya tahun keadaan "pelajar" saya tu..

Hujung minggu lepas saya ke Kajang...lepak-lepak di sana bersama Enchek Suami. Rindu plak kat rumah kosong tu...Sampai-sampai je PB, terus mula acara masak-masak. Untuk jamuan tu, saya prepare Bihun/Kueyteow Tomyam (saya rasa tak sedap..tapi budak-budak tu kata sedap...nampak sangat la bodek semata-mata), air gula, air kosong (masak tau...takde amek air paip directly), dan buah tembikai susu. Start kerja pukul 9 malam, stop pukul 1.30 pagi. Bila baring tu rasa macam lega sangat..Tu belum lagi idea nak masak puding laici, kek batik...

  
Keadaan Ciggmoogy saya pada pagi kejadian

Di sekolah pula, perjalanan Hari Guru amat terkawal. Bermula dengan perhimpunan, tangkap gambar, acara potong kek dan pulut kuning di dewan, sukaneka dengan pelajar, dan jamuan kelas. Kalau tahun lepas saya sempat joint sukaneka dan makan-makan di kelas pelajar yang lain, tahun ni tak ada la jawabnya. Memang selepas je acara di dewan, saya terus ke kelas. Tahun ni pelajar saya agak "lain" daripada tahun lepas. Mereka masih kanak-kanak...umur pun 15 tahun. Deep in my heart, I missed my last year students.... 

Sebelum perhimpunan

 
 
 Bersama teman-teman sesi pagi...selepas perhimpunan

Acara di dewan..Pengetua dan PK

Potong kek kat kelas

 Dengan pelajar-pelajar sebelum keadaan menjadi cacamarba

p/s : Ini tahun ketiga saya...ada banyak tahun lagi yang perlu saya tempuh. Semoga Allah SWT kuatkan semangat saya dalam menempuh cabaran ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...