Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Sunday, June 05, 2011

Patah kaki...

Bosan-bosan....Ce bagitau apa lagi yang menarik kat bumi Kajang ni di kala poket sudah kempis...?? Jawab dalam masa 2 saat. Teeeeeet!!!! Masa tamat. Takde jawapan. Ni pon bersiaran langsung dari cc dekat ngan umah..mall yang ada kat sini macam tidak mengghairahkan. Dok nampak downtown Mines je. Tapi kan ke poket nipis...hilang terus bayangan downtown, mahupun bangunan Mines yang besar gedabak penuh sesak.

Ada lagi baki seminggu nak abeskan masa ngan Enchek Suami. Ingat nak jumpa kawan-kawan lama...tapi saya dah patah kaki. Tanpa ciggmoogy, hidup tidak bermakna. Sob sob sob... Rindu ciggmoogy..

Eh! Semalam gi I-City...huuuuu...mahal! Burger kosong cam jual kat pasar malam kene RM2.50. Telan aje la...kang perut masuk angin lak. Semuanya mahal kat situ...cam kat Genting plak rate dia. Naik harga double-triple. Sangat cekik darah. Belum lagi masuk Snow-Walk..tiket dia je dah RM25 seorang. Tu harga tiket...tak termasuk jaket ngan kasut lagi. Benda-benda tu nak kena sewa gak. Takkan nak wat keras je dalam snow buatan tu. Bak kata Abang Ejam, baik pegi Genting....

So, bagi family yang teringin nak bercuti. Sediakan duit yang banyak ye...kang teringat-ingat plak.. (cam kes saya...hehhehe). K la...nak balik dah...Jumpa lagi nanti...daaaaaaa....

Thursday, June 02, 2011

Luahan rasa...

Hmmmm...lama tak jenguk blog ni.

Assalamualaikum...apa khabar? Hehehe...cam nak tulis surat plak. Tapi budak-budak zaman sekarang ni mana pandai tulis surat. Format surat pun deme tak tau cemana. Kesian...kesian. Keluar soalan dalam exam, tak tau nak jawab. Sedangkan tu yang senang score pun. Mujur la saya dilahirkan era 80-an..pernah merasai zaman ada penpal, zaman ada tunggu surat...tulis surat...beli setem..beli sampul surat yang bunga-bunga tu...zaman membeli kad raya dan membalas kad raya. Kira paling best la dulu...siap ada kotak untuk simpan surat-surat dan kad-kad raya. Tapi surat tu bukan la surat cinta ye...surat kanak-kanank yang belum baligh lagi. Kawan pindah je...minta alamat...hantar surat. Nurliyana...Maslinda...Noorliza...tu la antara kawan-kawan penpal tu...

Tapi tak boleh gak nak salahkan budak-budak sekarang. Deme memang dah terdedah dengan teknologi..kecik-kecik dah ada handphone, dah ada account facebook...dah pandai buka youtube.Bagus la...cuma jangan disalahgunakan.

Dah tersebut pasal salahguna...ada la sorang anak murid (pelajar jagaan saya...sebab saya guru tingkatan dia), dah menyalahgunakan duit biasiswa dia beli handphone. Dah la ditirunya sign mak dia...dia minta plak duit mak dia untuk tambah nak beli handphone tu. Ada plak backup duit kutu. Bukannya satu keperluan pun handphone tu...ntah apa-apa je. Plak tu nak salahkan saya la konon dalam surat pengakuan kat pengetua. Budget saya tak baca la surat pengakuan tu...CISS SUNGGUH! Alasan dia dalam tu sebab beli baju dan seluar PJ (apakah???? sedangkan time PJK dia tak pernah pakai baju PJ pun...saya cikgu PJK dia...of kos la saya tau). Dah tu konon cikgu minta bayar itu-ini. Hallllllluuuuuuu....korang nak buat itu-ini untuk kelas...memang la kena kutip duit. Takkan nak harap duit cikgu je...Kecewa sangat bila dapat budak yang camni. Tak pandai nak appreciate apa orang buat kat dia.

Paling tak best...dalam surat pengakuan dia tu, dia ada cakap yang dia selalu mengutuk cikgu di belakang dan memarahi kawan-kawan dia. HEBAT SANGAT KE KO??? Cam nak sepak-sepak je...kita bagi ilmu kat dia...kita ikhlas bantu dia...dia kutuk kita plak. Tak ke mana la ko wahai "pelajar". Keberkatan ilmu tu dah takde...cikgumu ini dah...hmmmm, speechless....

Budak ni bukan je dapat biasiswa...dia pun dapat bantuan Baitulmal (RM200) untuk bayar yuran sekolah dia. Baru-baru ni plak dia dapat plak netbook 1Malaysia. Tak paham...serius tak paham. Kenapa la dia boleh dapat? Sedangkan ramai lagi pelajar yang layak tapi tak dapat. Sepatutnya sumbangan-sumbangan ni semua kena gak tengok pada akademik pelajar tu. Jangan based on latar belakang pendapatan keluarga je...Pelajar yang keluarganya berpendapatan sederhana tapi bijak harus diberi bantuan...bukannya pelajar yang keluarganya berpendapatan rendah tapi dari kelas-kelas bawah. Nak bantu apa?? Nak bagi ilmu apa kat dia...? Dia bukan nak cari bahan melalui internet pun. Lebih baik tawaran netbook tu diberi kepada pelajar yang daftar IPT...deme tu lagi memerlukan. Dalam 20% benda yang tak septutnya deme layari...ada 80% yang baiknya. Sebab deme akan buat assignment...deme akan cari bahan, nota..bukannya pelajar sekolah yang masih lagi menunggu suapan guru. Huh....fikir-fikirkan...

Bila ingat-ingatkan budak tu...mood saya terus hilang. Yeah...gone everywhere. So...next time kita jumpa lagi di entry yang lain..Lots of love and Muahhhhhhhh!

Wednesday, May 18, 2011

Insentif?

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Tu la tema untuk sambutan hari guru tahun ni. Menarikkan??? Lepas ni boleh la jadi transformer plak...hihi...

Umum sudah tahu apa insentif bagi para guru untuk tahun ini. Saya tidaklah berharap sesuatu yang bombastic memandangkan tempoh perkhidmatan yang masih muda ini..siapalah saya yang nyata kerdil ni kan...tapi bila kiri-kanan-depan-belakang orang bercerita, rata-rata menyatakan ketidakpuasan hati. Insentif sempena Hari Guru tapi nyata untuk pihak tertentu sahaja...sama seperti tahun lepas. 

Kat bawah ni adalah petikan yang saya ambil dari laman web Rakyat Marhaen :

Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun.

“Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya,” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

“Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” kata Najib.

Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

Najib berkata, mereka juga boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
“Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” kata beliau.

Selanjutnya, Najib menambah, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan.

Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
Hahahaha...best betul insentif tu. Kene jadi "aircond" la kalau nak sangat merasa insentif tu...OPPPS!! Tak Minat! So, orang-orang yang berada di luar bidang ni jangan la asyik pandang serong pada golongan guru kononnya banyak nau imbuhan yang diterima...Bukan semua yang dapat ye...
Okey la...tak mau komen lebih-lebih, kang kene sue plak. Ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Nak kena kejar band dan ranking lagi...Ciao!

Wednesday, May 04, 2011

Berpindah ke sini

Assalamualaikum....

 From "Stuck In My Heart", now it became "Born in my heart~~"...di sinilah ruang baru untuk saya. Ruang untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati, ruang untuk saya bercerita dari hati ke hati, dan ruang untuk saya berkongsi....hehehhe...tak perlu bermadah kowtttt.....straight to the point aje. Sebenarnya dalam sebulan dua ni saya rasa saya perlu ada satu medium baru untuk menulis. Bukan tak ada facebook, bukan tak ada blog, siap diari JPN tak berusik lagi....Kalau di facebook, tak boleh nak menulis panjang-panjang pada status tu...nanti jadi macam karangan la pulak. Blog "Stuck In My Heart" pun dah lama sangat saya tinggal...dah bersawang, susah untuk saya bersihkan semuanya untuk memulakan satu yang baru. Nak delete blog tu terasa sayang...sayang kerana di situ la tercoretnya 1001 kisah suka duka saya masa jadi penggangur terhormat, kemudian bergelar guru...dari seorang anak dara, menjadi tunangan orang. Sekarang ni dah pun jadi isteri orang...rasanya perlu satu tempat yang baru...so, takde la terikut-ikut cara penulisan lama. Opssss...jangan ingat saya dah jadi seorang yang skema ye...saya masih seperti dulu...Teruterubozu Anamae yang sangat....er, sangat......(sila isi tempat kosong). Hahahahah....

Nah senyum kambing dari saya.....theeeee

Sebenarnya saya hampir berputus asa, dah lama sangat tak design blog...dah lupa nak tekan dan ubah yang mana. Saya amek masa berjam-jam nak buat satu yang baru...(atau sebenarnya menggodek semula bahagian settings dan design), and Alhamdulillah....usaha membuahkan hasil. Errrrr, sepatutnya masa berjam-jam tu saya patut habeskan untuk membuat soalan pekse pertengahan tahun...ERKKKK!!!!!

Okey, sampai sini saja untuk entry yang pertama ini. Saya pun dah keletihan amat....ada banyak lagi yang saya perlu kemaskini selepas ini...ubah itu-ini, susun-susun balik....macam-macam la..insyaAllah, selepas ini ia akan berubahh menjadi lebih baik..Daaaaaarrrrrr.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...