Saturday, October 29, 2011

Najwan

Tetiba je semalam ada nota kaki "Rindu Najwan"

Najwan...anak saudara saya yang super active. Kecik-kecik dulu dia sangat la comel. Bukan saja comel, debab pulak tu. Nurse cakap dia obes. Terlebih besar dari sepupu-sepu yang lahir sama tahun ngan dia...tapi lahir awal lagi dari dia. Dalam family saya, dia ni cucu paling kecik la buat masa sekarang...

Bukti kedebaban dan kecomelan dia masa kecik...




Ngan abah dan ummi

Kecik-kecik dulu masa dalam pantang, saya tolong jagakan...best! Tak banyak kerenah sangat. Cuma malam-malam suka nangis...kene peluk dia baru boleh tido dengan senyap. Alahai...rindu masa dia kecik-kecik.

Sekarang dia dah besar. Dah umur 2 tahun lebih.Takde la obes pon. Okey je badan dia...sangat kuat berlari. Kalau tendang bola...perh, boleh senak kot kalau terkena. Ada ciri-ciri pemain bola. Sangat nakal. Sangat suka bermain.

Gambar dia raya yang lepas

Cuti deepavali dia balik seminggu dengan ummi dia. Ikut tok ngan wan balik sama. Tok ngan wan gi Kuantan sebab ummi Najwan ni sakit, masuk hospital...ada sedikit complication nak bg adik kat Najwan. Dah dia je satu-satunye kanak-kanak dalam rumah Taman Damai...tumpuan lebih kat dia. Tiba-tiba macam jadi rapat ngan dia. Pergi mana-mana pon dia nak ikut. Hatta baru nak bukak pintu umah, dia dah ada kat belakang kita nak menyusup keluar jugak. 

Nakal yang amat. Kalau ada perkataan "jangan"...yang itu la yang dia nak buat. Pot pet pot pet je mulut dia mengajuk cakap kita...bersembang dengan kita. Kak dilah (ummi Najwan) kata baby dalam peyut saya ni perempuan...sebab Najwan nak main dan rapat ngan saya. Tapi..ntah la. Scan kejap perempuan, kejap laki. Tunggu lahir je la... (<____>)

Gambar Najwan yang jadi wallpaper handphone saya

p/s : esok nak balik PB...harap-harap Najwan ada lagi kat umah.

Friday, October 28, 2011

26 Oktober 2011

Semalam besday mak yang ke 64 tahun. 2 hari selepas hari keputeraan Sultan Pahang (mak pun anak Pahang jugak!). Cergas lagi biarpun dah lama bersara. Alhamdulillah, setakat ni mak tak sakit apa-apa...dan harapnya mak akan sentiasa sihat...sebab anak-anak mak masih perlukan mak. Errrr, sebenarnya saya kot....hehehe

SELAMAT HARI LAHIR MAK...
SEMOGA SIHAT SEJAHTERA,
DIMURAHKAN REZEKI,
DIPANJANGKAN UMUR...

Semalam Enchek Suami masak untuk saya...heheheh..Enchek Suami dah janji nak masak bila saya datang Kajang. Maka, merasa jugakla masakan dia. Pergi pasar kat Semenyih sama-sama pagi semalam dan beli barang-barang dapur. Beli ayam, sayur sawi, serai (pon kene beli...huhuhu), cili padi, santan, roti dan biskut untuk sarapan saya hari-hari selepas ni..

Tengahari tu bukan main lagi bergegar dapur bila Enchek Suami bergusti. Anak tukang masak memasak....hahahah...cam pelik je bila tak buat apa-apa time tu. Ada gak la tolong-tolong sikit untuk menyenangkan Enchek Suami dan mencepatkan masa memasak tu. Tolong masak nasi, kupas bawang, basuh-basuh pinggan. Tapi harap maaf la...takde gambar untuk sesi masakan kali ni sebab tak bawa kamera dan Enchek Suami, si Chef Handal tu memasak tak berbaju. Sangat la gagah...tak payah la buat tontonan umum kot...heheheh

Enchek Suami saya masak apa ye...? Hmmmmm....ayam masak lemak dan sayur goreng. Sedap...boleh la tahan. Kene puji...kang dia tak nak masak dah...hahaha.

Petang tu lepas rehat-rehat dan solat Asar, kami ke Putrajaya...gi Alamanda dan rumah Abang Ejam. Main-main ngan Ryan dan Kaer...Uhhhhh, sangat la aktif budak berdua tu. Tak duduk diam langsung. Abang Ejam plak sakit kepala...demam. Kak Ina kata ni first time tengok Abang Ejam demam camtu. Sekarang ni kan ke musim hujan...

p/s : Rindu Najwan...

Sunday, October 23, 2011

Cuti raya...I LOIKE!

Sapa yang tak suka cuti...ANGKAT TANGAN!!! 
Hahahaha...ada ke orang yang suka cuti?

Deepavali atau perayaan cahaya bagi orang India kali ni lain sikit dari tahun-tahun yang lain. Buat pertama kalinya sekolah saya cuti sampai seminggu. Tu pun lepas dah berpenat-lelah mengganti sekolah hari Sabtu awal-awal tahun dulu. Orang kata...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian

Time ni la kami nak bersenang-senang.

Hari Selasa ni saya akan bertolak ke KL...menemani Enchek Suami di sana. Dia pon dah start mengemas-ngemas rumah kami...takut kantoi rumah comot la tu...hehehe. Sabar ye Enchek Suami...nanti Puan Isteri masak-masak dan seterikakan baju Enchek Suami ye... (<______>)

Sempena perayaaan Deepavali ni...nak ambik gambar di bawah:






ERK!! takde kene-mengena kot...











 Happy Diwali to all my Indian friends and students...

Tuesday, October 18, 2011

6.4

Stress sangat malam semalam lepas cek gula...terbawa-bawa moody pagi ni sampai malas nak marking kertas ICT. Dalam dok menjaga...mengawal.....boleh pulak malam semalam kantoi gula 6.4 untuk test terakhir pukul 10.00 malam. Sepatutnya tak boleh lebih dari 6, dan kurang dari 4. Adehhhhh...pressure arh!

Lepas pikir-pikir balik kat mana silapnya....sebab makan dan benda yang dimakan pun benda-benda biasa dalam kuantiti yang terkawal...baru la dapat detect sebab tak minum air masak banyak-banyak malam semalam. Rasanya 2-3 gelas je. Er...cawan sebenarnya. Hmmmm...tu yang boleh kantoi tu.

Nampaknya macam punah la harapan nak panjangkan tarikh pi buat bsp... =(

Monday, October 17, 2011

4 bulan je lagi


Ada sesuatu di dalam sana..sesuatu yang bernyawa. Alhamdulillah, sudah pun 21 minggu. Bukan sengaja merahsiakan tapi...lebih baik berdiam diri dari mengguris hati teman-teman lain yang sedang berusaha kuat. Ya...saya pun penah merasai dan tertekan dengan soalan demi soalan. Baik dari teman-teman, mahupun dari saudara-mara. Dan selepas hampir 6 bulan berkahwin, baru saya dan Enchek Suami dikurniakan rezeki ini.

Syukur sangat-sangat. Di saat berjauhan ni, ada "sesuatu" yang mengikat kami suami-isteri. Tiga minggu lepas kami pi scan kat Klinik Jammy Suzana, sebelah USM Transkrian...teruja tengok si "dia" bergerak-gerak. Dah nampak sifat dah..kepala, kaki, tangan...bentuk-bentuk jari. Happy sangat-sangat. Jumaat malam lepas lak dapat tengok rasa si "dia" bergerak. Wahhhhh...akhirnya dah tau camna rasa dia bergerak.Subhanallah....

Sepanjang 21 minggu ni memang banyak sangat dugaan...luaran nampak oke. Mula-mula diabetes...lepas tu thyroid plak, sampai kena refer ANC Taiping...dan skrg hb pulak makin turun. Tapi petang tadi masa gi cek perut...keputusan thyroid yang kedua untuk reconfirmation dah keluar, result dia negatif..Lepas tu hb plak naik semula...so, sekarang kena maintan. Untuk diabetes plak still under diet control...and insyaAllah everything will goes fine. Dugaan semasa mengandung...terima aje....dan perlu kuat menghadapinya sebab saya tahu saya tak sakit pun. Hehehhehe...

Dan di bawah ni...disenaraikan ganjaran-ganjaran yang akan saya serta teman-teman lain akan peroleh. So, jangan patah semangat ya...

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat 

Sunday, October 16, 2011

Jemputan Haji


Tahun ni memang rezeki adik-adik abah...6 beradik dapat pergi menunaikan haji dan akan bertolak malam ni, cuma tak dapat dipastikan sama ada rombongan yang sama atau pun tidak. Pak Jang dan Mak Jang, Pok De dan Mok De, Pok Chik dan Mok Chik...juga Wancik Mimah, Wancik Saayah dan Cu Faizah...rezeki mereka adik-beradik.

"Semoga pakcik-pakcik dan makcik-makcik dapat menunaikan ibadat haji dengan sempurna di Tanah Suci dan pulang dengan haji yang mabrur...aminnnn"

p/s : Rasa macam tak sabar pulak nak dapat panggilan macam ni. Baru je daftar haji 3 minggu lepas dan dijangka pergi tahun 2041. erkkkk....30 tahun lagi tu!

Saturday, October 08, 2011

Sensitif


And I have to be strong too!
tapi rasa cam susah...rasa penat sangat
mata berair...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...