Tuesday, December 06, 2011

Meroyan

Dah hampir seminggu tak update entry. Minggu lepas balik PB..dan minggu ni dah terpacak semula kat Kajang. Habis sakit-sakit badan ni naik bas. Bayangkan perjalan KL-PB hari Sabtu 26hb November lepas yang patutnya sampai pukul 8 malam...tapi sampai pukul 10.00 malam. Gara-gara pemandunya yang sangat baik hati berenti banyak kali. Siap boleh lagi nak makan bihun sup kalau nak. Baru-baru ni plak perjalanan PB-KL 2hb Disember stuck dalam jammed nak menghala ke Hentian Duta. Dekat sejam setengah gak la sangkut. Lagi sakit badan....

Oh..entry kali ni bukan nak cerita pasal ni. Apa ke bende meroyan tiba-tiba ni?? Saya ke meroyan???? Hahahahah...minta simpang malakat 44. Gila la!

Kali ni nak cerita pasal orang-orang yang dapat pindah tapi meroyan tak abes-abes kat facebook pasal sekolah baru dia. Sangat menyampah oke! Dari mula ko tau ko nak pindah....ko update-update nama sekolah..ko update sekolah tu dekat la apa la...sampai la tarikh meeting pon ko nak sibuk-sibuk nak cerita. Apa kessssss????? Tau la ko dapat pindahkan...? Tau la ko duduk depan masa perhimpunan last hari tu. Tak perlu la kot ko nak canang-canang kegembiraan ko tu.

Dan kalau saya dapat pindah...saya takkan buat camtu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...