Tuesday, July 26, 2011

Hari marah sedunia ke?

Hari ni mood saya betul-betul takde. Tahap 20% je kot. Mungkin sebab letih. Apa nak buat hari ni pun tak berapa nak menjadi. Tulis buku rekod...tulisan habis herot-berot. Bila budak-budak masuk kelas ada je yang tak kena. Pastu rasa ngantuk sangat...

Sekarang ni plak tengah masuk markah dalam sistem online KPM. Hadoi....superb slow! Tu yang boleh menyambil-nyambil. Sambil menyelam, minum air la ni. Tapi kalau menyelam kat air terjun takpe la jugak...ni cam menyelam dalam lombong. Tangan di dada~ Mata ke atas~Sabar je la...

Monday, July 11, 2011

Makan Banyak!

Hari ni cuti ganti sempena Larian 1Malaysia minggu lepas. Best-best!! Heheheh...

Cuti-cuti ni takde plan plak nak gi mana-mana..pagi tadi ingat nak gi beli laksa kat depan SK Permatang Tok Mahat, tapi kedai tu pulak tutup. Terus bawa keta lajak ke pasar membeli barang-barang nak buat laksa. Balik je umah buat-buat muka kesian kat mak...hahahhaha...mak pon dengan redha memasak la untuk anak dia yang sangat gila laksa ni. 

Pastu lak mak masak jeli kelapa...OHH!!! Sangat menyenangkan tekak...sejuk je...

Burp!!!! Kenyang sangat. Ntah berapa mangkuk dah masuk dalam perut ni. Macam dah makin gemuk je...agak-agak macam gambar kat bawah ke pasni????

sumber : Google

Sekarang ni rasa macam tak boleh dah sumbat makanan. Tapi bila terbayang je laksa...nafsu terus naik balik..terliur...nyum nyum...

Friday, July 08, 2011

Alfatihah to Azwan

Isnin lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan dari makcik saya, Cu Faizah yang mengatakan Azwan (sepupu di kampung) terlibat dengan kemalangan. Dia telah dikejarkan ke Hospital Manjung malam tu jugak...dan terpaksa dibawa ke Hospital Ipoh dalam keadaan tidak sedarkan diri lepas je eksiden tu. 

Awal subuh..kami dapat panggilan yang Azwan dah pun menghembus nafasnya yang terakhir di Hospital Ipoh. Pagi tu bergegas kami sekeluarga balik ke Pantai Remis. Lama jugak menunggu jenazah sampai sebab terikat dengan prosedur hospital dan polis. Jenazah sampai di kampung pukul 1.15 dan diletakkan di tengah2 ruang tengah rumah Cik Mimah untuk tatapan terakhir. Ramai sangat yang balik biarpun hari tu hari Selasa...

Sedih....hampir semuanya menangis melihat Cik Mimah, Ayah Cu, Azlan dan Azrai. Lebih kurang 10 minit kemudiannya tu, jenazah di bawa naik semula ke dalam van jenazah untuk disembahyangkan di masjid dan terus dikebumikan. Terbayang-bayang lagi macam mana lembiknya Cik Mimah masa jenazah di bawa masuk... keadaan Ayah Cu yang sangat-sangat sedih sehinggakan selepas majlis tahlil, Ayah Cu terus masuk berbaring di bilik. Ayah Cu mungkin sedih sebab arwah spent masa terakhir dengan Ayah Cu sebelum Ayah Cu suruh balik...dan lebih ralat, perwatakan arwah macam Ayah Cu. Arwah merupakan anak bongsu, mempunyai 2 lagi abang di atasnya.

Mengikut cerita, arwah ikut Ayah Cu balik kampung Ayah Cu di Changkat Iboi..panjat pokok manggis. Kemudiannya Ayah Cu hantar arwah ke bus stop untuk balik menemankan Cik Mimah di rumah. Tapi ketika di bus stop, kawan arwah (meninggal di tempat kejadian) telah mengajak arwah menemannya ke Taiping (kalau tak silap la) untuk bayar duit motor (motor yang terlibat dengan kemalagan tu). Dan ketika perjalanan pulang nak hantar arwah balik, kawannya tu nak potong lori tapi tak lepas dan bertembung dengan kereta. Alfatihah buat arwah Muhammad Azwan Bin Abdul Wahab. Semoga rohnya tenang di sana....

Nak tau tak satu cerita lagi...saya tak pergi sama menghantar ke kubur. Saya tinggal di rumah tok sebab masa tu badan saya naik gatal-gatal kelopak garam. Tetiba je terlintas nak tangkap gambar arwah masa kami semua gathering keluarga 2/3 tahun lepas. Gambar tu ada tergantung di dinding. Bila saya snap je...terus handphone "hang"...beberapa kali kena on-off semula. Selalunya bila kita preview gambar, gamba yang last sekali ditangkap tu yang akan ditunjuk...tapi tak....tak tunjuk pun gambar arwah dan bahagian photos tu asyik updating saja. Kemudiannya saya ceritakan pada adik saya dan saya cuba preview gambar tersebut...dapat. Tapi kemudiannya "hang" semula. Akhirnya saya decide...sekiranya dapat preview gambar tersebut, saya akan terus delete. Mungkin roh arwah yang ketika itu mungkin masih di rumah tak suka apa yang saya buat. Proses delete tu pun makan masa hampir 5 minit...sangat-sangat mendebarkan.

Dan ketika saya menulis entry ini...saya seperti terbau-bau je kapur barus. Buat arwah...sepupu yang baik dan pendiam...Kak Wonn sentiasa sedekah alfatihah buatmu. Semoga kau tenang di sana.

Monday, July 04, 2011

Pameran Larian 1M 1S 1M

Macam dah lama je tak tengok blog ni...rasa dari start sekolah hari tu...

Yeahhhh!!!! Hari ni agak free sikit untuk merapu-rapu kat sini. Start sekolah hari tu busy ngan keja sekolah...semuanya macam tiba-tiba penting. Dengan sukan sekolah...dengan program menandatangani report card, data SAPS...pastu Sabtu lepas ada larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pulak...data-data pontengnya lagi. Penat yang amat. Tak ada masa nak mengarang...hehehe

Masa program larian hari tu, sekolah saya kena buat pameran piala-piala kokurikulum...bawa students. Sebelum tu dah bersengkang mata buat brochure Unit Kokurikulum. Bila sampai kat sana memang sangat ramai la manusianya...penuh Padang Esplanade tu. Naik rimas pon ada...15,000 lebih pelajar, guru, ibu bapa yang berkumpul untuk program tu...erti kata lain "lautan manusia berbaju putih". Dah tu macam-macam pe'el...yang ikat reben kat kepala, yang ikat reben kat rambut dengan pelbagai gaya, conteng-conteng mukanya, sampai naik menyampah lak tengok. Tapi yang peliknya kat situ takde plak gerai jual makanan....lapar sangat-sangat. Kereta parking dekat dengan Muzium Taiping...nak berjalan keluar dah penat, nak berjalan masuk balik ke padang terus lapar balik. Terpaku je duduk kat khemah sebab malas nak bergerak...

Jom layan gambar-gambar kat bawah...
 Brochure and piala

 Meja pameran kami

 Co-driver saya yang terpaksa ikut sama biarpun baru je sampai awal pagi tu ALASAN kenapa bawa dia...sebab takde sapa nak drive balik PB

 Saya dengan bunting...berisi x?? hehehe..

 Layan boring kat meja sebelah...

 
 Dato' Pengarah turun ke pameran...bersama students and cikgu SMKBS

Ni la piala saya...hehhehe

Cukup la kot gambar tu. Kang boring plak tengok gambar perasan kami yang lain..Darrrrr........

Monday, June 20, 2011

Parking kasik lurus la weh...

Gambar yang ditangkap menggunakan handphone Sony Walkman pada petang Ahad yang aman damai di kawasan parking Econsave, Parit Buntar...sekitar pukul 6 petang. Masa ni parking adalah FULL dan masih ada kereta yang masuk mencari tempat...termasuklah saya...

Yang ni pulak ditangkap pada tengahari tadi di parking sekolah....pun menggunakan hanphone Sony Walkman cabuk yang dah tiga kali hantar repair.

Hai la manusia...tak boleh ke ko parking betul-betul? Ko boleh tau kan senget ke tak kereta tu masa masuk parking yang straight...takkan la ko tak boleh adjust?? Kalau tengok pada jenis kereta tu...bukannya kereta "pemandu baru"...apalah salahnya ko perbetulkan bila dah sedar parking ko tu makan ruang. Ni ko amek sampai 2 lot...hape??? Ko bayar ke untuk dua-dua tu????

Tak bersivik betul pemandu sekarang ni...tu belum lagi pergi kawasan R&R..sesuka hati je makan tengah. Kan ke menyusahkan orang lain yang nak letak kereta juga. Patut tak sekolahkan balik pemandu-pemandu tak bertanggungjawab ni? 

p/s : Sengaja tak nak blurkan plet kereta...Biar manusia-manusia tu tahu sapa dia dan tolong bertanggungjawab dengan keadaan sekeliling termasuklah kereta ko yang menyusahkan orang lain tu.
PEACE NO WAR =)

Friday, June 17, 2011

Laman Web Malaysia Digodam


Berikut adalah senarai laman web yang terlibat dalam ‘peperangan’ antaran hacker yang terdiri daripada Anonymous, RileksCrew dan Dragon Force dengan Kerajaan Malaysia. Kebanyakkan daripada laman web berikut dipercayai sudah ditutup bagi mengelakkan laman web ini diserang dengan DDOS oleh penggodam.
  • http://aduan.skmm.gov.my/
  • http://mnpcheck.skmm.gov.my/
  • https://epayment.skmm.gov.my/
  • https://espektrum.skmm.gov.my/
  • http://www.malaysia.gov.my/
  • http://www.parlimen.gov.my
  • http://www.moe.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.treasury.gov.my/
  • http://www.government.org.my/
  • http://www.spad.gov.my/
  • http://www.aseanconnect.gov.my/
  • http://www.sprm.gov.my/
  • http://www.nsc.gov.my/
  • http://www.kpkk.gov.my/
  • http://www.jobsmalaysia.gov.my/
  • http://www.kkr.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.1malaysia.com.my/
  • http://www.rmp.gov.my
 Credit to this site .

Ada beberapa lagi laman web Malaysia yang tidak disenaraikan di atas. Antaranya UiTM Pulau Pinang, Ezi2Care Jabatan Kebajikan Masyarakat, CIDB, politeknik and etc. Motif serangan dikatakan sebab tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat laman perkongsian file, dan juga nak test kelemahan laman web Malaysia dari segi kata laluan yang lemah.

"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."

p/s : Susah sebenarnya nak mengendalikan portal dan laman web. Pengalaman setahun menjaga portal sekolah pon dah cukup memeritkan..setiap masa jadi kena berhati-hati sebab ancaman spam dan hackers.

Thursday, June 16, 2011

Abah...

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Lahir, khas untuk insan bernama Haji Mohamed Noor Bin Haji Sharif. Seorang insan yang dekat di hati..selain mak dan suami saya. Besday abah jatuh hari Rabu lepas, 15 Jun. Sama ngan besday Yusri KRU dan teman praktikal saya...Rozana. Kalau ikut IC, umur abah tahun ni 66 tahun la...sebab nombor awal IC abah 450615. 20 tahun beza dengan saya...dan sejak kecil lagi orang cakap saya ni ikut abah. Betul ke? Hehehhe...ye la kot. Sama-sama peramah, tapi tak banyak cakap...dan sangat banyak berfikir. 

Ni gambar abah masa tahun 1968.
Umur abah masa ni 23 tahun..hensem kan? Macam P Ramlee...
Suka sangat2 gambar ni sampai saya dulu ingat abah saya ni P Ramlee....hehhehe

Abah...moga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan. Semoga hajat mak abah nak pegi umrah dan berpuasa di Mekah tahun ni dimakbulkan. Ameeeeen.....

Besday abah selalunya jatuh pada Hari Bapa. Tahun ni saya plan konon-konon nak bawa abah ngan mak makan steamboat. Tapi terpaksa la postponed sebab Yana kena gi kursus kat Pangkor, and abah lak balik kampung. Petang tadi baru sampai umah. Maybe weekend ni la kot...tak pun tunggu gaji next week.

And sempena Hari Bapa ni...saya juga nak wish untuk abah dan abah mertua saya, "Selamat Hari Bapa". Er, dan juga bakal bapa kepada anak-anak saya nanti...hehehhe....Love All Of You! Muahhhhhhh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...