Friday, July 08, 2011

Alfatihah to Azwan

Isnin lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan dari makcik saya, Cu Faizah yang mengatakan Azwan (sepupu di kampung) terlibat dengan kemalangan. Dia telah dikejarkan ke Hospital Manjung malam tu jugak...dan terpaksa dibawa ke Hospital Ipoh dalam keadaan tidak sedarkan diri lepas je eksiden tu. 

Awal subuh..kami dapat panggilan yang Azwan dah pun menghembus nafasnya yang terakhir di Hospital Ipoh. Pagi tu bergegas kami sekeluarga balik ke Pantai Remis. Lama jugak menunggu jenazah sampai sebab terikat dengan prosedur hospital dan polis. Jenazah sampai di kampung pukul 1.15 dan diletakkan di tengah2 ruang tengah rumah Cik Mimah untuk tatapan terakhir. Ramai sangat yang balik biarpun hari tu hari Selasa...

Sedih....hampir semuanya menangis melihat Cik Mimah, Ayah Cu, Azlan dan Azrai. Lebih kurang 10 minit kemudiannya tu, jenazah di bawa naik semula ke dalam van jenazah untuk disembahyangkan di masjid dan terus dikebumikan. Terbayang-bayang lagi macam mana lembiknya Cik Mimah masa jenazah di bawa masuk... keadaan Ayah Cu yang sangat-sangat sedih sehinggakan selepas majlis tahlil, Ayah Cu terus masuk berbaring di bilik. Ayah Cu mungkin sedih sebab arwah spent masa terakhir dengan Ayah Cu sebelum Ayah Cu suruh balik...dan lebih ralat, perwatakan arwah macam Ayah Cu. Arwah merupakan anak bongsu, mempunyai 2 lagi abang di atasnya.

Mengikut cerita, arwah ikut Ayah Cu balik kampung Ayah Cu di Changkat Iboi..panjat pokok manggis. Kemudiannya Ayah Cu hantar arwah ke bus stop untuk balik menemankan Cik Mimah di rumah. Tapi ketika di bus stop, kawan arwah (meninggal di tempat kejadian) telah mengajak arwah menemannya ke Taiping (kalau tak silap la) untuk bayar duit motor (motor yang terlibat dengan kemalagan tu). Dan ketika perjalanan pulang nak hantar arwah balik, kawannya tu nak potong lori tapi tak lepas dan bertembung dengan kereta. Alfatihah buat arwah Muhammad Azwan Bin Abdul Wahab. Semoga rohnya tenang di sana....

Nak tau tak satu cerita lagi...saya tak pergi sama menghantar ke kubur. Saya tinggal di rumah tok sebab masa tu badan saya naik gatal-gatal kelopak garam. Tetiba je terlintas nak tangkap gambar arwah masa kami semua gathering keluarga 2/3 tahun lepas. Gambar tu ada tergantung di dinding. Bila saya snap je...terus handphone "hang"...beberapa kali kena on-off semula. Selalunya bila kita preview gambar, gamba yang last sekali ditangkap tu yang akan ditunjuk...tapi tak....tak tunjuk pun gambar arwah dan bahagian photos tu asyik updating saja. Kemudiannya saya ceritakan pada adik saya dan saya cuba preview gambar tersebut...dapat. Tapi kemudiannya "hang" semula. Akhirnya saya decide...sekiranya dapat preview gambar tersebut, saya akan terus delete. Mungkin roh arwah yang ketika itu mungkin masih di rumah tak suka apa yang saya buat. Proses delete tu pun makan masa hampir 5 minit...sangat-sangat mendebarkan.

Dan ketika saya menulis entry ini...saya seperti terbau-bau je kapur barus. Buat arwah...sepupu yang baik dan pendiam...Kak Wonn sentiasa sedekah alfatihah buatmu. Semoga kau tenang di sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...