Tuesday, December 06, 2011

Meroyan

Dah hampir seminggu tak update entry. Minggu lepas balik PB..dan minggu ni dah terpacak semula kat Kajang. Habis sakit-sakit badan ni naik bas. Bayangkan perjalan KL-PB hari Sabtu 26hb November lepas yang patutnya sampai pukul 8 malam...tapi sampai pukul 10.00 malam. Gara-gara pemandunya yang sangat baik hati berenti banyak kali. Siap boleh lagi nak makan bihun sup kalau nak. Baru-baru ni plak perjalanan PB-KL 2hb Disember stuck dalam jammed nak menghala ke Hentian Duta. Dekat sejam setengah gak la sangkut. Lagi sakit badan....

Oh..entry kali ni bukan nak cerita pasal ni. Apa ke bende meroyan tiba-tiba ni?? Saya ke meroyan???? Hahahahah...minta simpang malakat 44. Gila la!

Kali ni nak cerita pasal orang-orang yang dapat pindah tapi meroyan tak abes-abes kat facebook pasal sekolah baru dia. Sangat menyampah oke! Dari mula ko tau ko nak pindah....ko update-update nama sekolah..ko update sekolah tu dekat la apa la...sampai la tarikh meeting pon ko nak sibuk-sibuk nak cerita. Apa kessssss????? Tau la ko dapat pindahkan...? Tau la ko duduk depan masa perhimpunan last hari tu. Tak perlu la kot ko nak canang-canang kegembiraan ko tu.

Dan kalau saya dapat pindah...saya takkan buat camtu.

Sunday, November 27, 2011

Puisi - Tentang Seseorang




*********************************************************
Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

*********************************************************

Pagi semalam saya rasa nak nangis...tapi tak boleh keluar, seperti tertahan-tahan...rasa sakit sangat. Tak sangka yang petang tu saya menangis. Menangis sebetul-betulnya. Perasaan...kosong.

Friday, November 25, 2011

Kuih Kemboja..Air Kelapa

Hari ni saya malas sangat nak masak. Sampai masuk angin la perut ni petang tadi. Semalam macam beriya-iya je review resepi online..kononnya nak buat kek la..kuih la...hanpeh. Hangat-hangat taik ayam ajooo

Tetiba teringat kat mak. Sebelum datang sini hari tu, sempat lagi bodek mak masakkan kuih kemboja..bekal nak bawak ke Kajang la kononnya. Tapi tak cakap direct kata nak...heheheh...Pakai psycho je.

Memula gi beli tepung sampai 2kg. Pastu malam tu memang budget cam nak masak sendiri. Sibuk tanya mak petang tu resepi kuih kemboja. Tapi tak jugak gi amek daun pandan kat luar. Elok malam dah nak kul 10 baru teringat. Cis cis cis....

Pastu boleh plak tanya kat mak...mak pakai pewarna hijau atau pakai air daun pandan. Bila mak cakap pakai daun pandan, terus saya wat cam berkira-kira nak keluar malam tu gi amek daun pandan kat belakang. Tapi tak jugak keluar. So...harapan musnah la.

Tapi balik je sekolah (hari last sekolah sebelum cuti tu...), mak kata mak masakkan kuih kemboja. Hoyyye!!! Syok-syok. Terus senyum memanjang...

Ni la kuih kemboja yang mak masakkan...saya tapau bawa ke Kajang

Tapi ingat kat abah jugak tau...bukan lupa langsung. Kat abah pulak hari tu minta abah amekkan buah kelapa kat depan umah, tepi padang..abah yang tanam awal-awal pindah hari tu. Pastu beriya la abah amek banyak...sampai 6 biji. Abah kopek 3 biji...1 simpan dalam peti ais sebab saya tak boleh minum petang tu...nak kena cek gula, takut paras gula naik nanti. Konon-konon nak minum esoknya..tapi mak dah sapu dulu. Hukhuk...mak tinggalkan tempurung kelapa dengan isi kelapa yang belum dikorek. Makan kongsi dengan abah. Sebelah abah amek...sebelah saya amek. Jadi la dari tak dapat langsung...

Thursday, November 24, 2011

Smurf

Semalam saya dilanda kebosanan yang amat sangat. Tak tau nak buat apa. Habis segala blog saya buka. Rancangan di TV confirm-confirm la tak best...Huhuhu...Sampaikan katalog Tesco tu saya belek satu per satu. Sangat kritikal keadaan saya semalam.

Rasa macam nak makan mcd je...tambah-tambah lak bila sepupu saya, Anan, post gambar di fb...gambar Mc Chicken. Lapar sangat-sangat tengok gambar tu. Siyes rasa ngidam...rasa terliur.

Tapi semalam kami tak makan mcd pun. Enchek Suami balik lewat. Pukul 9.15 malam baru sampai...siap-siap mandi kami pun keluar. Gi Jalan Reko. Kononnya Enchek Suami nak bawa makan kat satu tempat ni..tapi tak jumpa kedai tu. Sudahnya kami makan kat kedai makan area Reko Sentral. Boleh la jalan-jalan kat downtown terus pastu.

Mungkin sebab semalam ada game bola sepak. So, sunyi je la downtown tu. Perasan saya masa tu lagi la bertambah-tambah bosan. Balik-balik umah terus lepak depan tv beberapa minit...pastu terus masuk bilik. Aduyaiiiiii...kritikal-kritikal.

Errrr...apa kene-mengena ngan tajuk ni? Heheheh...sebenarnya nak bagitau yang sekarang ni jalan mana-mana mesti akan nampak patung Smurf. Patung angry bird tu memang la banyak....tapi tak comel macam patung smurf. Rasa macam nak rembat satu je buat mainan baby saya nanti. Hahahah...


Comelkan...?

p/s : buat cadar baby pon comel gak kan..?

Wednesday, November 23, 2011

Usaha..

Semalam saya telah BERUSAHA sekali lagi untuk pertukaran ke Selangor. Seawal pagi lagi bangun dan mandi...sejuk sangat tau! Kemudian mengejutkan Enchek Suami supaya cepat bersiap...dengan harapan kami akan sampai awal di KPM.

Keluar rumah dekat-dekat pukul 7...jalan belum lagi sesak. Singgah kat 7 Eleven untuk photostat dan beli roti...terus saja ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 

Ada beberapa orang yg turut menunggu di ruang legar. Bersama-sama sekeping envelope berwarna coklat. Ya..pasti satu kapal dengan saya..datang atas urusan rayuan pertukaran.

Masih boleh tersenyum lagi masa ni...

Tepat pukul 8, saya dan Enchek Suami naik ke aras 4...bahagian Sekolah Menengah. Rupanya dah ada ramai orang di situ. Saya orang yang ke-9. Tunggu punya tunggu akhirnya dapat gak berurusan, pukul 8.30 pagi. Selepas taklimat, kami masuk ke bilik mesyuarat seorang demi seorang. Serahkan surat rayuan dan ceritakan masalah. 

Hmmm...perasaan berbaur-baur. Ya...tidak puas sebenarnya. Balik je rumah, main facebook...tidur dan bila bangun petangnya untuk keluar membeli barang-barang dapur, saya rasa tension sangat. Ntah la kenapa...tapi rasa tension tu sangat-sangat la memberat kat kepala, kat bahu...Jalan-jalan dalam Tesco pon tak dapat mengubat ketensionan tu. Sudahnya saya ajak Enchek Suami ke kedai elektrik...saja nak survey peti ais. Tapi terpedaya...terpengaruh...dan akhirnya terbayar deposit. Harga peti ais dari RM1199...salesgirl tu bagi RM950...besar pulak tu..!! Sapa yang tak terpengaruh kan..Then malam tu puas jugak la saya menjerit dan membebel sambil tengok bola. So, hari ni kurang dah rasa tension tu.

Berbalik pasal cerita usaha nak bertukar ni..saya rasa macam sipi-sipi je harapan yang ada. Jalan seterusnya...doa dan solat hajat.


Kuatkanlah hati ini....
Berikanlah kami kesabaran...

2nd Maternity & Children Expo

Selepas beberapa hari memeram cerita, akhirnya hari ni baru berkesempatan nak membuka satu entry baru tentang asil rembatan kami suami isteri di 2nd Maternity & Children Expo di Mid Valley Megamall. Asalnya plan nak pergi hari Sabtu tapi malangnya Enchek Suami kena masuk opis menyiapkan kerja. Petang baru Enchek Suami sampai umah. Kami pun pergi la esoknya...

Pagi-pagi bangun dah rasa excited sangat. Pukul 10 pagi dah start gerak ke Mid Valley. Sesat jangan cerita la..ni first time Enchek Suami drive ke sana. Then, cari penyelamat kami iaitu Abang Ejam yang tengah syok-syok holiday kat Genting...dia pun explain la jalan ke sana.

Dah sampai tu...plan asal nak makan dulu. Tapi food court penuh. So, kami terus masuk dan mula mencuci mata. Wahahahah...rambang mata weh...rasa cam nak semua je! Jom tengok hasil rembatan kami...

Mula-mula gi register...and dapat free gift yang atas ni

Pastu pusing-pusing...amek 2 helai rompers (RM 25.00) and sock (RM10.00)

Pastu grab set rompers dari Carter's ni...RM35.00. 
Balik umah baru perasan cam kecik, sedangkan amek size for 6 months...Pakai kejap je la gamaknya ni...

Pastu singgah kat booth Mum Dreams...amek barang-barang atas tu...tradisional la sikit kan...hehehe

Minyak Telon terus amek sampai 3 botol sebab tau memang nak pakai
Tuam baby yang berbungkus pink kecik tu harga dia RM15.00
Tuam mama plak yang berbungkus pink besar harga dia RM30.00
Then beli gak tungku besi dengan kain lapik dia sekali...berat weh...2kg! Harga RM50.00 per set

Then singgah kat booth Pureen and beli nursing pad ni. Cuma RM30.00...cek kat Jusco sebelum tu RM 35.00 kot. So, terus je rembat tanpa berpikir apa. Amek satu kotak dulu. Tapi cam tak cukupkan...Dua benda atas kotak tu free gifts dari Pureen.


 Booth terakhir adalah Bebe...beli mat untuk tukar diapers RM15.00 (beli yang plain cukup la...), wet wipes RM3.50 (beli 2 je sebab plan nak pakai untuk travel jee kot...), dan akhr sekali napkin dengan fastener dia sekali RM23.90 (pun amek satu set je..rasanya tak pakai sangat kot napkin...)

Dan rembatan yang paling berbaloi bagi kami......











Beg galas dari Simple Dimple!!!

 Asalnya nak beli yang kecikje (RM49.00) sebab cek kat Jusco, harga dia RM55.50 camtu...Then terpengaruh ngan salesgirl tu untuk amek yang besar terus. Katanya nanti nak isi banyak barang senang....pastu kalau dah masuk anak ke-2 boleh bubuh lagi banyak barang..So, yang besar ni harga dia cuma RM75.00. Senyum tak sangga la Enchek Suami tu...Senyum seronok sebab dapat beg pilihan.

Ni lak muka Enchek Suami yang keletihan...Balik-balik tu terus dia demam. Hehehehe...Ce tengok...peluk beg kesayangan tuh!

Masa kat booth Pureen, ada gak tengok breastpump, pakai bateri punya and boleh direct to electric...RM90.00. Kat Jusco dia letak RM139.00 kot. Pikir punya pikir....ishhh, takut gak kang beli mahal-mahal tapi tak banyak susu. Enchek Suami suh amek je...Last-last tak amek pun. Takut nanti tak guna or tak boleh guna. Sekarang ni cam terbayang plak breastpump tu.

Kat situ ada gak yang membeli stroller..dan ramai yang ngusung anak bawa stroller. Ohhh...sangat jeles oke. Tapi memandangkan status kami yang masih lagi "pending" ni...tak perlu lagi la kot benda-benda tu. Beli yang basic dulu bagi cukup. 

Demikianla cerita rembatan kami. Ni baru first shopping...banyak lagi barang yang tak beli. Barang-barang baby hatta barang-barang mummy dia pon tak berapa nak ada ni...

Enchek Suami...cepat la dapat payment..isterimu ini dah tak sabar nak shopping lagi ni....

Golllll!!!!!!!

First time tengok bola dengan penuh debaran sepanjang game malam semalam. Rancak gila permainannya...tapi nampak macam ada beberapa pemain Harimau Malaya yang malas bergerak dan tidak membaca permainan rakan. Seb baik menang...kalau tak, satu Malaysia frust hari ni..lagi-lagi frust sebab banyak sangat peluang jaringkan gol terlepas camtu je...


Aduyaiiii Fakri! Napa la game ko teruk sangat malam tadi. Yang pemain-pemain lain tu pon apasal la pi pass bola kat Fakri untuk dijaringkan. SIGHHHH!!! Macam game ngan Myanmar lepas..camtu la Fakri main. Sabar je la tengok...

Apa-apa pun kita dah menang. Alhamdulillah. Puas gak la tengok..dan paling menyampah bila Enchek Suami sangat la emo di awal-awal game. Ceiiiit!!!! Sabar oke...Dia sedap-sedap layan bola, pastu nak emo-emo lak sampai tutup tv. Seb baik tak hempuk tv...klu x, memang tido luar la dia malam semalam.

Masa Indon jaringkan gol pertama semalam, saya kat dapur tengah masak makanan malam kami dengan sangat relax. Tiba-tiba masuk gol, "Eehhhh, dah gol? Awalnya..." Haduyaiiiii...pastu mood kembali stabil ye...terus memasak dengan penuh kasih sayang...bluwerrrrrkkk....

Dan masa tengah masak sup ayam, tiba-tiba Malaysia plak gol. Hohoho...dalam rumah tu dah confirm-confirm la ada makhluk emo yang menjerit kan...tapi nunnnnn jauh di sana, ada satu blok umah yang rasanya macam jauh la jugak dari blok umah sewa kami bergegar dengan jeritan "GOLLLLLLLLLLLL". Wahhhh...semangat oke! Mula-mula macam budget ada skrin besar ala-ala kedai mamak gitu, tapi bila saya jenguk-jenguk takde pun (buat-buat berani buka tingkap malam-malam hari...blok umah tu jauhhhhh, kene nampak kebun apa ntah dulu baru bampak blok tu). Bergema malam-malam hari gitu!

Psssst....blok umah saya ni macam ada ramai je indon. Tak tau la deme hari ni camne..yang pasti depan umah saya ni Indon. Dah lama dah tak jumpa deme laki-bini. 

Peminat-peminat bola Indon...
takyah la emo sangat ye 
Relax k...

Ehem-ehem...sebenarnya semalam saya teringin sangat nak tengok reaksi Dato' Seri Ahmad Saberi Cheek masa Malaysia dapat sepakan penalti yang membuahkan kemenangan tu. Masa tu kan ke beliau je yang ada kat situ di samping pak-pak menteri Indon. Hahahah...awat la kamera tak tunjuk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...