Tuesday, August 23, 2011

Bila dia bersuara

Dah lama tak menulis..rasanya dari sebelum Ramadhan lagi sibuk yang amat. Tambah-tambah lak dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan sejak akhir-akhir ni. Ya Allah, permudahkanlah segalanya...

Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan. Yang terbaru adalah last week, hari Selasa. Pak long, yakni abang sulung abah meninggal dunia..nanti saya akan buat satu entry khas untuk tujuan itu.

Hari ni mood agak tidak berapa memberangsangkan. Pagi-pagi ketika menunggu loceng berbunyi pukul 8.40, ada la seorang hamba Allah ni datang menyapa saya. Permulaannya saya sangkakan dia bertanyakan khabar. Rupanya dia dengan sinisnya "smash" saya dengan kata-kata yang benar-benar menyakitkan hati. Sabar...

"Betul ke ******," tanya hamba Allah tu dan saya cuma mengangguk, senyum....dah tu nak kata apa lagi. Takkan nak nangis meraung-raung plak kan...

"Senang la..tak kena buat keja," sambung hamba Allah tu lagi...dan reaksi saya, tetap senyum...sebenarnya mula dah rasa cam blur tapi pikir dia melawak kot

"Pastu camna..kena pi @@##@@," saya ingat dia sengaja nak cover balik dan saya menjawab macam biasa "Ha'a...kena pegi 2 minggu sekali"

"Tetttt dah tau?" tanya lagi tanda macam tak puas hati...saya cuma angguk.

"Hmmm...kalau macam tu kak tuuuuuuut pun nak cakap kena ****** gak la. Tak kena buat keja". Serius tak tau camna nak bagitau camna perasaan masa tu. Kalau la boleh ditransferkan ****** kat dia, mahu saja saya transfer. Sudahlah pengalaman pertama, diduga pulak macam ni. Nak saja saya aminkan kata-kata dia supaya dia tahu apa yang saya rasa untuk beberapa hari ini. Seksa...perlu lebih perhatian...kesan bukan pada saya, tapi pada "dia" jugak..dan bukan pada masa sekarang, tapi akan datang pun mungkin akan terkena.

Dan perlu ke dia judge saya keja banyak ataupun tidak...selama ni termasuklah cerita sebelum saya mc minggu lepas, saya telah membantu unit dia menyelesaikan satu beban..ke hulu ke hilir mengusung laptop, masuk bilik boss untuk confirmation, menggodek ntah hapa benda data yang satu pun tak faham tu..dan pernah ke dia berterima kasih bila saya cover...pernah tak dia bersyukur bila saya dengan rela hati (sebenarnya sangat la berat) menukar kelas dengan dia...bukan sekali saya beralah, tapi rasanya banyak kali. Kalau dia sanggup...mahu bertukar kerja dengan saya menjaga data-data HEM, buat data ponteng setiap bulan, hantar data direct ke PPD. Fikir la..apa yang kau rasa tu sesuai la dengan gaji kau...sebelum ni pon kau dah dipermudahkan dengan jadual waktu yang kurang..siap boleh lagi buat side income kat sekolah. Please la...kalau kau nak sangat  ***** tu silakan...

Ingat ye wahai hamba Allah...kadang-kadang langit tak selalunya cerah, mulut tu nak kena jaga...kadang-kadang apa yang kita sebut tak semuanya menyenangkan orang. Keadaan awak dengan keadaan saya tak jauh beza...bila-bila masa je Allah nak tunjuk.

"Ya Allah, permudahkanlah segala apa yang Kau berikan pada hamba-Mu ini"

p/s : istighfar banyak-banyak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...